ARIIC Touch 250 (2026) Dah Sedia 'Ditunggang', RM 13,688!
Dari sudut rekaan, ARIIC Touch 250 jelas berbeza dengan 'saudaranya' yang bergaya 'ADV' ARIIC Gobi 250 Gobi apabila tampil dengan reka bentuk moden dan eksklusif
TERKINI
8/23/20261 min read


ARIIC Malaysia, mengikuti pengumuman skuter bergaya 'ADV' ARIIC Gobi 250 memasuki pasaran pada awal bulan ini, 'saudaranya' ARIIC Touch 250 mula mendarat secara rasmi di semua rangkaian pengedar MForce Bike.
Seperti diketahui, ARIIC Touch 250 diperkenalkan pada acara MForce MotoXperience 2026 pada Jun lalu dan diumumkan pada harga jualan yang sangat kompetitif iaitu RM 13,688 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).
3 pilihan warna tersedia iaitu:
Matt Black
Urban Green
Phantom Grey
Dari sudut rekaan, ARIIC Touch 250 jelas berbeza dengan Gobi yang menampilkan gaya lasak apabila tampil dengan reka bentuk moden dan eksklusif.
Di bahagian trenkuasa, ARIIC Touch 250 dipadankan dengan enjin 249 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Fi dengan transmisi auto CVT.
Kuasa dihamburkan pada angka 16.5 kW pada 8,000 rpm dan tork 23.5 Nm pada 5,000 rpm.
Apa yang menjadikannya ARIIC Touch 250 berbeza berbanding pesaing dalam kelasnya adalah penawaran 'jajan' dan elektronik menarik yang didatangkan secara standard.
Antara ciri paling menonjol ialah kehadiran kamera 'dashcam' binaan dalam dan penghadang angin hadapan yang boleh dilaraskan secara elektrik dan sistem kunci pintar.
Selain itu, ia turut dilengkapi skrin meter TFT digital yang menyokong kesambungan Bluetooth menerusi aplikasi MotoFun, membolehkan penunggang mengakses navigasi, paparan rakaman kamera serta notifikasi panggilan masuk.
Sistem henti menggunakan brek cakera (depan/belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran, serta Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) yang boleh dinyahaktifkan mengikut kesesuaian tunggangan.
Ciri-ciri menarik lain adalah seperti port pengecas USB, tangki petrol 13 liter serta ruang simpanan bawah pelana yang boleh dikembangkan kapasitinya dan berat kering 147 kg.
Seperti biasa, pembeli akan turut menikmati jaminan komprehensif selama dua tahun atau 20,000 km, dengan waranti perbatuan tanpa had khusus untuk komponen enjin sekiranya perbatuan melebihi had dalam tempoh perlindungan.





