ARRC 2023: KIP Kuasai SS600 Hari Pertama Di Mandalika, Reiterberger Terus 'Garang' Kelas ASB1000!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/11/20232 min read

KHAIRUL Idham Pawi muncul satu-satunya pelumba Malaysia yang berjaya menguasai catatan masa terpantas (SS600) hari pertama Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Mandalika, hari ini.

Lebih mengujakan, rakan sepasukannya dari pasukan Boon Siew Honda Racing, Azroy Hakeem Anuar turut mencatatkan masa kedua terpantas kelas kedua berkenaan.

Untuk kelas elit ASB1000, pelumba Jerman, Markus Reiterberger dari ONEXOX BMW TKKR Team terus mengekalkan penguasaannya namun disaing hebat pelumba negara, Zaqhwan Zaidi (Honda Asia-Dream Racing with SHOWA) dan pelumba tuan rumah, Andi Farid Izdihar yang juga rakan sepasukan Zaqhwan ketiga terpantas.

Masih segar dengan penampilan di perlumbaan berprestij Suzuka 8 Hours minggu lalu, Khairul Idham mengakui penampilannya di kempen berkenaan membuatkan situasi kesihatannya di Mandalika tidak begitu baik.

"Saya mengalami demam dua hari sebelum ini. Jadi, saya tidak merasa begitu baik dan apabila saya bangun pada pagi ini, saya merasa pening dan lemah. Ia mengganggu prestasi sata pada sesi latihan bebas 1 kerana saya tidak dapat memberi tumpuan tetapi saya bersyukur apabila badan saya semakin pulih selepas itu," kata Khairul Idham.

"Ini adalah kali pertama saya di litar ini dan saya benar-benar menikmati selekoh pantas di sini. Mandalika jelas litar yang amat cantik. Saya mahu mengekalkan posisi saya di kelompok depan esok ketika sesi kelayakan. Ketika ini, jentera saya berada dalam keadaan yang baik.

"Saya hanya bimbang mengenai tayar kerana saya berdepan beberapa isu dengan tayar pada sesi kedua apabila tayar saya menjadi kempis dan pada sesi ketiga, tayar saya mula mengembang. Saya berharap semunya berjalan dengan baik esok."

Sementara itu, pelumba tuan rumah menguasai kelas AP250 menerusi Rheza Danica Ahrens (ASTRA HONDA RACING TEAM) dan UB150 menerusi Wawan Wello (Pitsbike JRT Tech OneWay Racing Team). Saingan TVS dikuasai oleh pelumba Jepun, Hiroki Ono.

Berikut Adalah Catatan Terpantas Hari Pertama Pusingan 4 ARRC Indonesia

ASB1000

1. Markus Reiterberger, Germany, ONEXOX BMW TKKR Team, 1’35:204s

2. ZAQHWAN ZAIDI, MALAYSIA, Honda Asia-Dream Racing with SHOWA, 1’36:555s

3. Andi Farid Izdihar, Indonesia, Honda Asia-Dream Racing with SHOWA, 1’36:606s

4. AZLAN SHAH KAMARUZAMAN, MALAYSIA, ONEXOX BMW TKKR Team, 1’36:703s

5. Haruki Noguchi, Japan, SDG MS Harc-Pro.Honda.Ph., 1’37:112s

SS600

1. KHAIRUL IDHAM PAWI, MALAYSIA, Boon Siew Honda Racing Team, 1’38:626s

2. AZROY HAKEEM ANUAR, MALAYSIA, Boon Siew Honda Racing Team, 1’38:853s

3. Galang Hendra Pratama, Indonesia, YAMAHA Racing Indonesia, 1’39:068s

4. Keito Abe, Japan, ONEXOX TKKR Racing Team, 1’39:185s

5. Ratthapong Wilairot, Thailand, YAMAHA Thailand Racing Team, 1’39:194s

ASB250

1. Rheza Danica Ahrens, Indonesia, ASTRA HONDA RACING TEAM, 1’47:149s

2. Muhammad Faerozi Toreqottu, Indonesia, YAMAHA Racing Indonesia, 1’47:508s

3. Herjun Atna Firdaus, Indonesia, ASTRA HONDA RACING TEAM, 1’47:606s

4. Aldi Satya Mahendra, Indonesia, YAMAHA Racing Indonesia, 1’47:629s

5. Reynaldo C. Ratukore, Indonesia, REY RACING SPEED 222, 1’47:635s

UB150

1. Wawan Wello, Indonesia, Pitsbike JRT Tech OneWay Racing Team, 1’54:362s

2. Wahyu Aji Trilaksana, Indonesia, RACETECH SIXTY Racing, 1’54:585s

3. Murrobil Vittoni, Indonesia, LFN H. Putra 969 Indonesia Racing Team, 1’54:885s

4. Gupita Kresna Wardhana, Indonesia, 4S1M EVO YAMAHA Racing Team, 1’55:045s

5. MD IZHAM IKMAL, MALAYSIA, SCK HONDA Racing Team, 1’55:201s

TVS Asia One Make Championship

1. Hiroki Ono, Japan, 1’46:369s

2. Taiyo Saito, Japan, 1’46:572s

3. RAMDAN ROSLI, MALAYSIA, 1’46:582s

4. Piyawat Patoomyos, Thailand, 1’47:102s

5. Vorapong Malauhuan, Thailand, 147:164s