ARRC 2024: Amaran Ribut Taufan, Perlumbaan 2 Di Zhuhai Batal!
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
4/21/20241 min read
AMARAN ribut taufan di Zhuhai menyaksikan Perlumbaan 2 Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di China yang dijadual berlangsung hari ini dibatalkan.
Perkembangan itu diumumkan sendiri oleh pihak penganjur menerusi kenyataan bersama dengan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) Asia sebelum perlumbaan dijalankan.
Dalam kenyataan berkataan, FIM berkata perlumbaan di Zhuhai terpaksa dibatalkan susulan amaran ribut taufan yang dikeluarkan oleh jabatan kaji cuaca tempatan.
Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan penganjur, badan yang memantau situasi berkenaan 'Municipal Meteorological Observatory' Zhuhai meningkatkan taraf amaran Kuning kepada Jingga pada jam 10 pagi sambil mengekalkan amaran Kuning pada yang menyaksikan segala aktiviti luar digantung.
ARRC dalam pada itu berkata rakan kongsi dan pasukan yang bertanding kecewa dengan mengumumkan pembatalan berkenaan namun keutamaan perluy diberikan kepada keselamatan penunggang, pasukan dan tenaga kerja serta memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
Pada Perlumbaan 1, semalam, pelumba Malaysia merangkul kemenangan dalam dua kelas teratas ASB1000 menerusi Hafizh Syahrin Abdullah (JDT Racing Team).
Turut menaiki podium sebagai juara adalah Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Boon Siew Honda Racing) dalam kelas SS600.
Pusingan 3 ARRC 2024 dijadual berlangsung di Motegi, Jepun dari 7 hingga 9 Jun depan.