ART Of Speed (AOS) 2025 Kembali Di MAEPS, Apa Yang Menarik Tahun Ini?

Pelbagai aktiviti menarik dan pameran mengujakan dari Art Of Speed (AOS) 2025, acara tahunan yang dikatakan sebagai terbesar dan paling dinanti-nantikan peminat Kustom Kulture dan Counter Culture di Malaysia

TERKINI

7/15/20253 min read

Art Of Speed
Art Of Speed

ART Of Speed (AOS), acara tahunan yang dikatakan sebagai terbesar dan paling dinanti-nantikan peminat Kustom Kulture dan Counter Culture kembali bagi edisi 2025 yang dijadual berlangsung pada pada 26 dan 27 Julai ini.

Dengan tema 'Kustom Ada Gaya', edisi kali ini sekali lagi dianjurkan di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.

Seperti edisi terdahulu, pelbagai pameran dan aktiviti menarik disediakan oleh penganjur bukan saja daripada pembina tempatan, malah antarabangsa.

Jadi, apa yang menarik dan 'best' pada tahun ini? Jom!

Pameran Kraf Kustom!

(Tiga motosikal ubah suai buatan tangan)

  • - Yuichi Yoshizawa dari Custom Works Zon (BMW R18 “Ground 0) yang dibina pada tahun 2023 sempena ulang tahun ke-100 BMW.

  • - Masa Sugihara dari Luck MC (Harley-Davidson Knucklehead chopper Kustom) yang menampilkan reka bentuk aerodinamik dengan gaya minimalis.

  • - Ben Forster dari Benflathead, pembina kustom lagenda dari Australia (Harley-Davidson Flathead Kustom) hasil sentuhan khasnya.

Antara tetamu jemputan dan pempamer antarabangsa:

  • Shige Suganuma dan Hiro 'Wildman' Ishii dari MOONEYES - Jepun

  • Mark Hawwa dari The Distinguished Gentleman’s Ride – Australia

  • Brendon Vetuskey (pereka Hot Wheels) - Amerika Syarikat

  • Darren McKeag (McKeag Art) - Amerika Syarikat

  • Yuichi Yoshizawa dari Custom Works Zon – Jepun

  • Masa Sugihara dari Luck MC – Jepun

  • Ben Forster dari Benflathead – Australia

  • Scott Johnson dari Pipeburn – Australia

  • Gussan dari 2%er – Jepun

  • Kustomstyle – Jepun

  • Side Yakotani – Jepun

  • Banzai Racing Equipment – Jepun

  • StanceNation – Jepun

  • AMEFES – Jepun

  • GokurakuDezign – Taiwan

  • Ken Takabayashi (Ken The Flattop) – Jepun

  • Shuji Masunaga (Highjumper Art Service) - Jepun

  • Choppajoop – Singapura

  • SixtySick Paintlab – Indonesia (kumpulan terdiri daripada 20 artis pinstripe)

  • Fahmi Freeflow – Indonesia

  • Mill Art – Indonesia

  • Bangkok Hot Rod Show – Thailand

  • MOONEYES Bangkok – Thailand

  • Kustomanila – Filipina

  • Borneo Kustom Show – Brunei

  • Wicked Wallop – Singapura

  • Simon’s Garage – China

World of Wheels (Baharu) - Segmen istimewa Show & Shine

  • - Studio fotografi kereta berkonsepkan sistem di kawasan luar serta studio foto dalaman untuk segmen motosikal Show & Shine

  • - Perarakan kelab kereta juga akan dijadualkan pada hari Sabtu dan Ahad di boulevard utama. (Nota: Fotografi profesional indoor akan disediakan oleh pasukan NoEqual.co. Studio fotografi luar tidak akan beroperasi semasa parade kelab kereta berlangsung)

Lima kolaborasi baharu AOS!

  1. Art of Speed x Hot Wheels Collection

  2. Art of Speed x FK – memperkenalkan rekaan kasut terbaharu

  3. Art of Speed x High Cultured, jenama streetwear tempatan

  4. Art of Speed x XOCKS

  5. Art of Speed x MOONEYES

Acara Hot Wheels!

  • - Edisi ke-3 Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM)

  • - Zon Aktivasi Hot Wheels, Pameran Rare & Koleksi Hot Wheels, Swap Buy & Sell, sesi perkongsian kolektor, dan Pertandingan Kustom Hot Wheels.

  • - Pereka Produk Hot Wheels, Brendon Vetuskey, turut hadir sebagai tetamu khas.

Acara Show & Shine!

  • - Pameran kereta dan motosikal - dari klasik hingga kontemporari, termasuk penyertaan antarabangsa dari negara luar.

  • - Pemenang “Best of Show” bagi kategori kereta dan motosikal masing-masing akan memenangi perjalanan ke The 33rd Annual Yokohama Hot Rod Custom Show pada Disember 2025.

  • ThunderCircus “Brotherhood Rally”!

  • - Perhimpunan pelbagai jenama motosikal dan komuniti dari seluruh negara.

  • - Mega ride-in serta penyertaan kumpulan motosikal dari seluruh Malaysia dan rantau ini.

  • - Project Car Invitational Showcase, yang menampilkan pameran khas kereta-kereta ubah suai dan peribadi pilihan, merangkumi pelbagai genre termasuk jenama tempatan, Jepun dan Eropah.

Acara gaya hidup!

  • - Suasana Kulture Kartel di Dewan D untuk AOS 2025 dengan lebih banyak vendor menampilkan barangan vintaj, pakaian terpakai, fesyen dan streetwear.

  • - Ada pertandingan B-Boy, Respect Culture South East Asia Qualification, di mana pemenang akan layak ke Respect Culture Taiwan World Finals.

Zon Tunggang Uji!

  • - Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Lambretta, Harley-Davidson, Thunder

Acara Muzik: SoundCircus Takeover!

  • - Noh Salleh & Restore Iboe, Romantic Echoes, Ruffedge, Luqman Podolski, Sabda Alam, Fugo, Iqbal M, Budak Nakal Hujung Simpang, Chronicalz, 53 Universe, Langkawi Dub Club SoundSystem, Mai Tummada

Aktiviti Tambahan:

  • - Santai Scooterist – Perhimpunan mega pemilik skuter

  • - Perhimpunan kelab kereta moden dan klasik termasuk Alfa Romeo (AROCM), K-Car, Porsche Owners Club dan banyak lagi.

  • - Roda Rumble 2025 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival yang disokong oleh Retro Mania.

  • - Medan Selera – Barisan vendor makanan dan trak makanan kekal di kawasan luar dewan!

  • - Payung Kopi – Zon santai dengan kopi dan pastri, terletak berdekatan pintu masuk Dewan D.

  • - Flea Market Automotif

  • - Pelancaran produk atas pentas utama

  • - Sampel makanan percuma oleh Corntoz Mamee

  • - Pertunjukan fesyen oleh Sunburst Tribe di dalam Dewan D.

  • - Moto4sale, platform komuniti untuk membeli, menjual dan menukar motosikal di bawah 500cc, secara langsung di AOS 2025.

  • - Backdoor Soundsystem Collective

  • - Collectible Alley - pameran dan jualan baru yang akan memperkenalkan pelbagai jualan diecast dan barangan koleksi kenangan.

  • - Program “BEETLE BATTLE” anjuran Volkswagen Beetle Club Indonesia diterajui oleh Denny Kusumah.

Tiket awal (Early Bird) sudah mula dijual secara dalam talian pada harga RM 35 (Weekend Pass) dan RM 40 (Sunday Pass).

Lebih menarik, kanak-kanak bawah 12 tahun dan pemegang kad OKU tidak dikenakan bayaran masuk.

Maklumat lanjut termasuk seperti pembelian tiket masuk dan tiket parkir Valet VIP, boleh layari laman web rasmi AOS2025.