ASMAX Malaysia Lancar Future 1, F1 Pro Max, Lagi Canggih!
Jenama peranti telekomunikasi ASMAX di Malaysia diuruskan oleh NKS Distributors (KL) Sdn Bhd dengan syarikat itu kini memasuki tahun ketiga sebagai pengedar eksklusif
TERKINI
1/17/20261 min read


ASMAX Malaysia terus mengorak langkah apabila memperkenalkan dua model baharu dalam produk peranti komunikasinya ASMAX Future 1 dan ASMAX F1 Pro Max yang dikatakan lebih berkualiti dan canggih.
Selain dua model itu, turut diperkenalkan adalah model edisi khas ASMAX Future 1 x EVAR Edition.
Berikut adalah perinciannya:
ASMAX Future 1
Dibangunkan sebagai sistem komunikasi serba guna dengan penekanan kepada kesederhanaan, kestabilan dan keselamatan.
Sambungan Bluetooth stabil untuk komunikasi penunggang-ke-penunggang
Audio jelas dengan teknologi pengurangan bunyi
Keserasian dengan telefon pintar dan GPS
Bateri tahan lama serta binaan kalis cuaca
Jaminan dua tahun bagi semua model
Disasarkan kepada penunggang harian, kumpulan besar, sekolah menunggang dan peminat touring.
ASMAX F1 Pro Max
Menawarkan prestasi premium dengan rangkaian komunikasi lebih luas melalui Cloudtalk Mode yang menyokong sehingga 50 penunggang tanpa had jarak
Dilengkapi audio bertaraf premium
Kapasiti bateri dipertingkat
Binaan berkualiti tinggi
Pilihan ideal bagi jurulatih dan komuniti profesional yang memerlukan komunikasi tanpa gangguan.
Edisi Terhad Future 1 x EVAR Edition
Hasil kolaborasi khas dengan EVAR
Rekaan unik berjenama bersama jumlah pengeluaran terhad khusus untuk pasaran Malaysia.
Bukan sekadar peranti komunikasi, tetapi simbol identiti, budaya dan gaya hidup penunggang yang mementingkan keunikan serta nilai koleksi.
Sebagai info, jenama ASMAX di Malaysia diuruskan oleh NKS Distributors (KL) Sdn Bhd dengan syarikat itu kini memasuki tahun ketiga sebagai pengedar eksklusif.
Dan sejak membawa masuk ASMAX ke Malaysia pada 2024, NKS Distributors memainkan peranan penting dalam memperkukuh jenama itu melalui produk bertauliah, sokongan selepas jualan yang konsisten serta program pendidikan penunggang.
Dalam tempoh tiga tahun, ASMAX semakin dikenali dalam kalangan komuniti penunggang tempatan kerana menawarkan peranti komunikasi yang menekankan aspek prestasi, keselamatan dan nilai.
Pelancaran kali ini turut disokong Takong Racing yang menganjurkan bengkel ASMAX Smart Communicator Future 1 2026, sebagai usaha memperkukuh pendidikan dan pengalaman pengguna terhadap produk ASMAX.





