ASMAX, Peranti Interkom Helmet Canggih Kini Di Malaysia, Harga Mula RM 399!

PELANCARAN

10/8/20242 min read

ASMAX, 'pemain' baharu dalam arena peranti interkom komunikasi helmet motosikal berteknologi dan berkualiti serta dikatakan jenama paling pantas berkembang di China secara rasmi memasuki pasaran Malaysia.

Untuk debut pasaran tempatan, Asmax Malaysia menerusi pengedar eksklusifnya NKS Distributors sebagai permulaan menawarkan empat model iaitu Asmax S2, Z1 Plus, F1 Plus dan versi tertinggu Asmax F1 Pro.

Dan jangan salah anggap produk keluaran Asmax sama seperti produk lain, syarikat itu sebenarnya boleh dianggap sebagai antara pendahulu dan mempunyai kemampuan dari sudut teknologi untuk menghasilkan peranti berkualiti tinggi.

Tetapi tidak seperti para pencabar yang didakwa mereka setanding dan dijual pada harga 'kayangan', harga yang ditawarkan oleh Asmax boleh dikatakan mampu milik jika bersandarkan kualiti.

Berikut adalah senarai harganya:

  • ASMAX S2 – RM 399

  • ASMAX Z1 Plus – RM 699

  • ASMAX F1 Plus – RM 799

  • ASMAX F1 Pro – RM 899

Antara kelebihan interkom daripada Asmax ialah teknologi yang digunakan antaranya cip berkuasa tinggi, kualiti bunyi berkualiti, dan antara paling menarik pastinya penggunaan teknologi Mesh Intercom dan Smart Mesh Control (SMC) 5G.

Menerusi SMC, ia membenarkan komunikasi hingga 16 peranti Asmax serentak bagi jarak 3 hingga 15 km.

Sebagai peranti terbaharu di pasaran, Asmax juga memadankan cip protokol terkini Bluetooth 5.4 dan 5.3 yang lebih stabil dan mempunyai jangkauan lebih jauh

Untuk kualiti bunyi berkualiti tinggi, Asmax menjalankan kerjasama dengan Bongiovi Acoustic Labs dari Amerika Syarikat bagi mendapatkan komunikasi lebih jelas.

Menurut Asmax, kawalan suara pintar dikatakan memiliki kadar pengecaman dan pemahaman hingga 90 peratus.

Menariknya, sistem penapisan bunyi pintar ENC dikatakan bukan saja mampu menapis bunyi ekzos, angin, tetapi turut menambah baik kualiti bunyi interkom sehingga kelajuan 160kmj.

Tampil dengan rekaan moden yang menarik, peranti Asmax turut dipadankan dengan ciri keselamatan yang baik dan tahan lasak.

Seperti model-model interkom, model Asmax juga kalis air dan kekotoran yang cukup sesuai untuk keadaan cuaca di Malaysia.

Lebih menarik, ia mudah dipasang dan dilengkapi dengan klip magnatik untuk pemasangan mudah di helmet dan mungkin paling menarik, bersaiz kompak dan lebih ringan berbanding pesaing sedia ada dalam pasaran.

Selain itu, ia juga mudah dikawal menerusi butang yang mudah dan menjadikannya lebih mudah dan selamat untuk penunggang mengendalikan interkom semasa menunggang.

Asmax dalam itu turut memadankan produknya dengan bateri jenis tahan lama yang dikatakan boleh bertahan antara 8 hingga 20 jam bergantung pada penggunaan.

Apa yang menarik juga, peranti Asmax hanya memerlukan tempoh 50 minit untuk pengecasan penuh dan 10 minit untuk penggunaan 3 jam.