ATC 2023: Pelumba Jepun Menang Perlumbaan 1 Di Sepang, Farres Putra Terbaik Malaysia Di P8

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/19/20231 min read

PELUMBA Jepun yang juga 'Rookie' Asia Talent Cup (2023), Riichi Takahira mencipta kejutan dengan memenangi Perlumbaan 1 kejuaraan itu yang membuka tiranya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Takahira menewaskan antara pelumba yang dilihat menjadi pilihan musim ini dari Indonesia, Veda Pratama dengan kelebihan hanya 0.113 saat.

Rakan senegara Takahira, Zen Mitani melengkapkan podium di Malaysia.

Selepas mendominasi sesi ujian dan latihan ATC 2023 sebelum ini, Pratama yang memulakan perlumbaan di petak utama dan pantas mendahului saingan dalam keadaan cuaca panas di Sepang.

Mengejar Pratama di kelompok depan adalah Mitani, Reykat Fadilah dan Takahira sebelum keempat-empatnya berjaya dikejar menuju tujuh pusingan terakhir.

Dan sekalipun mendahului saingan sehingga berbaki tiga pusingan, Pratama tidak berjaya menghalang Takahira daripada memintasnya. Dan sekalipun menghadirkan persaingan yang sengit, Takahira tenang untuk kekal mendahului perlumbaan hingga garisan penamat.

Sementara itu, keputusan terbaik diraih pelumba negara adalah Farres Putra di tangga ke-8.

Sebagai info, pelumba negara yang kini berkelana ke Eropah, Hakim Danish Ramli muncul juara keseluruhan musim lalu dan pada musim sebelumnya, Daniel Syahmi Shahril muncul naib juara keseluruhan.

Keputusan Perlumbaan 1 ATC 2023 Sepang

1. Riichi TAKAHIRA (JPN) 27 minit 49.628 saat (s)

2. Veda PRATAMA (INA) +0.113s

3. Zen MITANI (JPN) +1.210s

4. Amon ODAKI (JPN) +1.497s

5. Reykat FADILAH (INA) +1.745s

6. Ryota OGIWARA (JPN) +6.433s

7. Jakkreephat PHUETTISAN (THA) +6.511s

8. Farres PUTRA (MAL) +9.732s

9. Hamad AL-SAHOUTI (QAT) +11.849s

10. Ahmad DARWISY (MAL) +12.196s

11. Hafizd Fahril RASYADAN (INA) +23.265s

12. Farish HAFIY (MAL) +25.110s

13. Burapa WANMOON (THA) +25.150s

14. Sarthak C HAVAN (IND) +29.127s

15. Levi RUSSO (AUS) +29.140s

16. Chessy MEILANDRI (INA) +33.957s

17. Jorge Raphael GADING (INA) +34.164s

18. Adi PUTRA (MAL) +52.926s