ATC 2024: Pelumba Jepun, Mitani Menang Perlumbaan 1 Di Qatar, Farish Hafiy Ke-6!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

3/9/20241 min read

PERLUMBAAN pembuka musim Asia Talent Cup (ATC) 2024 di Qatar dimenangi Zen Mitani yang menjadi kemenangan pertama pelumba Jepun itu di kejuaraan berkenaan.

Apa yang lebih menarik, Mitani bagaikan tidak dicabar apabila melepasi garisan penamat tujuh saat di depan pencabar terdekatnya di Losail, Riichi Takahira.

Dan pelumba kelahiran Jepun menguasai ketiga-tiga podium kemenangan di Qatar selepas pelumba 'Rookie', Seiryu Ikegami memperoleh tempat ketiga.

Pada perlumbaan, Mitani berseorangan sebagai pendahulu selepas Ryota Ogiwara mengalami kemalangan.

Ia memberi peluang kepada tujuh pelumba - Farish Hafiy , Takahira, Ikegami, Kiandra Ramadhipa, Kiattisak Singhapong, Rintaro Takemoto dan Levi Russo - untuk mengisi podium yang akhirnya menjadi milik Takihara dan Ikegami.

Pelumba negara, Farish Hafiy dalam pada itu menamatkan perlumbaan di tangga keenam.

Seorang lagi pelumba negara, Farhan Naqib melepasi garisan penamat tanpa catatan mata di tangga ke-17.

Perlumbaan 2 ATC dijadual berlangsung, hari ini pada jam 7.35 malam.

Berikut keputusan Perlumbaan 1 ATC 2024 Qatar

1. Zen Mitani (JPN)

2. Riichi Takahira (JPN)

3. Seiryu Ikegami

4. Kiandra Ramadhipa (INA)

5. Kiattisak Singhapong (THA)

6. Farish Hafiy (MAS)

7. Rintaro Takemoto

8. Levi Russo (AUS)

9. Sarthak Chavan (IND)

10. Alfonsi Daquigan (PHI)

11. Archie Schmidt (AUS)

12. Rikki Henry (AUS)

13. Rama Putra (IND)

14. Rakshith Dave (IND)

15. Burapa Wanmoon

16. Ryota Ogiwara (JPN)

17. Farhan Naqib (MAS)

18. Chiranth Vishwanath (IND)