ATC 2025: Adam Danial P12 Perlumbaan 2, Pelumba Jepun Kuasai Pusingan Di Thailand

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

3/1/20251 min read

PELUMBA negara, Adam Danial menamatkan Perlumbaan 2 pusingan pembuka tirai Asia Talent Cup (ATC) 2025 di Buriram, Thailand yang menyaksikan kedudukan podium dikuasai pelumba Jepun.

Selepas berdepan kemalangan ngeri pada Perlumbaan 1, semalam dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius, Adam Danial hanya mengetahui dia dibenarkan berlumba di saat akhir.

Begitupun, ia tidak menghalang pelumba berusia 14 tahun itu untuk menamatkan perlumbaan dalam kelompok pungutan mata.

Tetapi, situasi berbeza dialami seorang lagi pelumba negara, Sharf Muhriz apabila tidak menamatkan perlumbaan.

Adam Danial dan Sharf Muhriz kedua-duanya terbabit dengan kemalangan pada Perlumbaan 1.

Perlumbaan 2 dimenangi pelumba Jepun, Ryota Ogiwara diikuti Seiryu Ikegami dan Haruki Matsuyama melengkapkan kedudukan podium.