AUDI Beri Marc Marquez Audi RS6 Avant, RM 688.8k!
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
3/15/20241 min read
MARC Marquez terus membuktikan dirinya tetap laku sekalipun menyertai pasukan satelit Ducati, Gresini Racing MotoGP selepas menandatangani perjanjian penajaan mewah bersama pengeluar kereta Audi.
Menerusi perjanjian tajaan itu, Marquez memperoleh sebuah kereta berprestasi pengeluar Jerman itu, Audi RS6 Avant yang berharga £ 115,000 (RM 689.1k).
Turut menandatangani perjanjian sama adalah rakan sepasukan yang juga adiknya, Alex Marquez.
Begitupun pakej tajaan Alex membabitkan model Audi RS4 yang berharga sekitar £ 73,000 (RM 437.4k).
Sebenarnya, Audi bukanlah asing dengan Ducati apabila kedua-dua jenama bernaung di bawah Kumpulan Volkswagen.
Marc yang menamatkan perlumbaan pembuka tirai MotoGP di tangga keempat minggu lalu meninggalkan gaji lumayan di Repsol Honda untuk memburu jentera yang lebih kompetitif musim ini.
Dan pelumba kelahiran Sepanyol itu turut menyatakan dengan jelas dia tidak berlumba secara percuma namun dilaporkan sumber utama pendapatannya diperoleh daripada perjanjian penajaan.