AVETA Nova 125, 160 (2025) Rasmi Di Malaysia, RM 5.2k, RM 8k!

PELANCARAN

2/18/20251 min read

AVETA Malaysia melancarkan dua penawaran terbaharunya di pasaran tempatan dan menariknya sekali lagi dalam segmen skuter iaitu Aveta Nova 125 (2025) dan Aveta Nova 160 (2025), hari ini.

Sekalipun kedua-dua model tampak seperti hanya dibezakan dengan sesaran enjin yang dipadankan, ia sebenarnya diposisikan dalam segmen dan mempunyai sasaran pelanggan berlainan.

Untuk Aveta Nova 125 (2025), Aveta Malaysia menyatakan sasaran pelanggan mereka adalah kepada golongan pelajar, wanita atau pesara manakala Aveta Nova 160 (2025) yang tampil lebih 'Sporty', golongan yang disasarkan adalah pekerja profesional dan penggunaan dalam bandar.

Perincian mengenai pilihan warna, harga dan spesifikasi adalah seperti berikut:

Aveta Nova 125 (2025)

  • Harga: RM 5,188 (asas)

  • Pilihan warna: 3 (Berry Peach, Blue Lemon, Grrey Lemon)

  • Enjin 125 cc, 1 Silinder, 2 Injap, Penyejuk Udara, Suntikan Bahan Api, SOHC bersama transmiai automatik CVT

  • Kuasa 9.11 Hp @ 8,000 rpm dan tork 8.6 Nm @ 6,500 rpm

  • Fork teleskopik (depan), penyerap hentak tunggal (belakang)

  • Brek cakera di depan, dan brek dram (belakang) dengan Sistem Brek Kombi (CBS).

  • Set roda 80/90-14 (depan) dan 90/90-14 (belakang)

  • Dimensi: panjang 1,930 mm, lebar 688 mm, dan tinggi 1,105 mm, jarak roda 1,320 mm, lega bumi 140 mm

  • Tinggi pelana 765 mm

  • Berat 104 kg

  • Tangki bahan api 6 liter

  • Panel meter digital

  • Port pengecas USB

Aveta Nova 160 (2025)

  • Harga: RM 7,988 (asas)

  • Pilihan warna: 3 (Raven Red, Aveta Blue, Copper Blaze).

  • Enjin 154.4 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bagan Api, SOHC bersama transmisi automatik CVT

  • Kuasa 15.8 Hp @ 8,500 rpm dan tork 14.7 Nm @ 6,500 rpm.

  • Brek cakera depan dan belakang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

  • Fork teleskopik (depan) dan penyerap hentak berkembar lengkap 'Subtank' (belakang)

  • Set roda 100/80-14 (depan), 120/70-14 (belakang)

  • Dimensi panjang 2,003 mm, lebar 710 mm, tinggi 1,138 mm, jarak lega bumi 135 mm, tinggi pelana 778 mm.

  • Berat 112 kg

  • Kapasiti tangki bahan api 10 liter

  • Panel meter digital LCD

  • Sistem kunci pintar

  • Port pengecas USB

Menurut Aveta Malaysia, kedua-dua model akan mula tiba di cawangan pengedarnya pada Mac ini.