AVETA Vanguard 180 (2026) Dilancar, 2 Varian, Mula RM 9,398!
Aveta Vanguard 180 (2026) Standard datang bersama 2 pilihan warna iaitu Gray Sandstone dan Neon Terrain bersama harga asas RM 9,398 manakala varian Explorer Pack datang dengan pilihan warna tunggal Frost White dan pada harga asas RM 9,698
PELANCARAN
8/4/20261 min read


AVETA Motor Malaysia terus meningkatkan penawarannya di pasaran apabila melancarkan skuter Aveta Vanguard 180 (2026), hari ini.
2 varian ditawarkan iaitu Standard dan Explorer Pack.
Untuk Aveta Vanguard 180 (2026), 2 pilihan warna ditawarkan iaitu Gray Sandstone dan Neon Terrain dan diumumkan pada harga RM 9,398.
Manakala Aveta Vanguard 180 (2026) Explorer Pack datang dengan pilihan warna tunggal Frost White dan pada harga RM 9,698.
Seperti biasa, angka yang diumumkan adalah asas, tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.
Di bahagian trenkuasa, Aveta Vanguard 180 (2026) dipadankan dengan enjin 174 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Fi, SOHC dengan transmisi CVT.
Kuasa yang dihamburkan adalah pada angka 18.5 Hp pada 8,500 rpm dan tork 17.2 Nm pada 6,500 rpm.
Menghubungkan skuter ini dengan jalan adalah rim 14 inci, dibalut oleh tayar.
Sistem suspensi menggunakan fork telekopik konvensional (depan) dan penyerap hentak bekembar lengkap dengan 'Sub-tank' (belakang).
Tugas membrek pula dijana cakera (depan/belakang) bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 Saluran dan turut memiliki sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dengan fungsi boleh dinyahaktir.
Info lain:
Set roda 100/80-14 (depan), 130/70-13 (belakang)
Port pengecas USB-C
Visor Angin Boleh Laras Manual
Tapak Kotak Belakang
Lampu LED Penuh
Kamera Depan
Sistem Kunci Pintar
Ruang Simpanan Bawah Pelana
Panel meter TFT 7 Inci
Tangki bahan api berkapasiti 10.5 liter
Bagi versi Explorer Pack, ia datang dengan tambahan 'crash bar' serta 'top box' berkapasiti 46 liter.
Seperti biasa, jaminan pengeluar yang tersedia dengan setiap pembelian Aveta Vanguard 180 (2026) adalah selama dua tahun atau 20,000 km (yang mana tiba dahulu).



