AVETA Vanguard 250 SE (2026) Dilancarkan, Terhad 688 Unit, RM 17,188!
Sebagai model SE atau 'Special Edition', Aveta Vanguard 250 SE (2026) tampil dengan beberapa kelainan berbanding versi 'Standard' antaranya bar hendal yang sporty dan premium dan pemijak kaki aluminium
PELANCARAN
8/5/20261 min read


AVETA Motor Malaysia mengemaskini penawaran skuter popularnya dengan memperkenalkan versi edisi terhad Aveta Vanguard 250 SE (202) yang diumumkan pada harga jualan asas RM 17,188 dan dihasilkan sejumlah 688 unit sahaja.
Sebagai model SE atau 'Special Edition', Aveta Vanguard 250 SE (2026) tampil dengan beberapa kelainan berbanding versi 'Standard'.
Dipadankan dengan pilihan warna 'Eclipse Blue', antara kelainannya adalah bar hendal yang sporty dan premium, pelekat 'Limited Edition' serta pelapik pemijak kaki aluminium dan paparan animasi 'Limited Edition' di panel meter TFT apabila dihidupkan.
Tiada perubahan dari sudut trenkuasa dengan Aveta Vanguard 250 SE (2026) kekal dengan padanan enjin 244.3 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Fi, SOHC dengan transmisi auto CVT.
Kuasa dihamburkan pada angka 24.8 Hp pada 8,500 rpm dan tork 22.5 Nm pada 6,500 rpm.
Ciri-ciri menarik seperti brek cekera tunggal (depan/belakang) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 Saluran, TCS, dan sistem pemantauan tekanan angin tayar (TPMS), Lampu LED penuh, Soket USB turut dikekalkan.
Info lain:
Visor angin boleh laras manual
Tinggi pelana 780 mm
Tangki bahan api 13 liter
Berat 177 kg



