AVETA Viper 180 (2026) Debut Pasaran Malaysia, RM 8,998!
Diposisikan dalam skuter gaya 'Sporty', Aveta Viper 180 (2026) tampil dengan rekaan yang garang seperti namanya dengan lampu utama nampak seperti taring tetapi apa yang lebih menarik, penampilan seperti sebuah skuter maxi dengan penampilan agak besar
PELANCARAN
3/5/20261 min read


AVETA Motor Malaysia meskipun menjelaskan enggan terjebak dengan 'perang skuter' di pasaran tempatan melancarkan dua penawaran terbaharu dalam segmen 'auto' berkenaan dengan salah satunya adalah Aveta Viper 180 (2026).
Diposisi dalam skuter bergaya 'Sporty', Aveta Viper 180 (2026) tampil dengan rekaan yang garang seperti namanya dengan lampu utama mirip seperti taring tetapi apa yang lebih menarik, penampilan seperti sebuah skuter maxi yang agak besar.
Tetapi apa yang lebih menarik perhatian adalah ia turut hadir dengan pelbagai ciri-ciri moden yang kebiasan ada pada skuter suku liter pada harga yang boleh dikatakan mengujakan iaitu asas RM 8,998.
Tiga pilihan warna tersedia iaitu:
Arctic White
Midnight Black
Storm Grey
Dan sebagai skuter dengan penampilan moden, Aveta Viper 180 turut dilengkapi dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) yang lebih menarik boleh dinyahaktif bergantung kepada keperluan.
Tidak seperti model yang diposisi dalam segmen sama, Aveta Viper 180 dipadankan dengan panel meter TFT meter berwarna dengan ciri sentuh bersaiz 7 inci. Menurut Aveta, ia adalah yang pertama dalam segmen berkenaan.
Dan seperti model baharu lain, ia turut dilengkapi dengan kamera pemuka (depan), Sistem Tanpa Kunci dan lampu LED penuh.
Ulas trenkuasa, Aveta Viper 180 dipadankan dengan enjin 174 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Fi, bersama transmisi automatik CVT. Kuasa dihamburkan pada angka 18 Hp pada 8,500 rpm dan tork 15 Nm pada 6,500 rpm.
Sistem brek pula menggunakan cakera (depan/belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 Saluran.
Berikutan saiz yang boleh ditakrifkan sebagai agak besar mirip skuter maxi, Aveta Viper 180 juga dikatakan memiliki kemampuan untuk melakukan aktiviti touring sederhana dengan kapasiti tangki bahan api cukup besar iaitu 10.5 liter.









