AZROY Hakeem, Hakim Danish Cemerlang 'Tapau' Bersih Aksi 'Finale' MSBK 2023
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
12/17/20233 min read
AZROY Hakeem Anuar dan pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli menyapu bersih kedua-dua perlumbaan yang ditawarkan dalam kelas masing-masing pada hari terakhir Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2023 di SIC, hari ini.
Selepas menjuarai Perlumbaan 2 kelas elit MSBK1000 (A) yang berlangsung lebih awal, Azroy dari pasukan Boon Siew Honda Racing membuktikan kemenangan yang diraih bukan nasib dengan memenangi Perlumbaan 3 dan penutup tirai MSBK musim ini.
Dan lebih menarik, kemenangan berjaya diraih Azroy sekalipun dia terpaksa memulakan perlumbaan di petak belakang.
Kemenangan pada Perlumbaan 3 itu bagaikan mengikuti skrip Perlumbaan 2 di mana pelumba berpengalaman, Azlan Shah Kamaruzaman menamatkan aksi selaku naib juara manakala Kasma Danial Kasmayudin ketiga.
Begitupun, dua kedudukan tempat ketiga tidak menghalang Kasma dari pasukan Yamaha Gen BLU Racing Asean dinobatkan juara keseluruhan MSBK 2023.
Kasma ketika ditemui berkata dia banyak bergelut dengan jenteranya pada perlumbaan minggu ini terutama Perlumbaan 2 dan 3 berikutan perubahan yang dilakukan terhadap data jenteranya yang diperoleh dari jurutera Yamaha Thailand.
"Tahniah kepada Azroy atas kemenangan yang dicapai tetapi Alhamdulillah dan penting, saya masih meraih gelaran keseluruhan dan akan saya berharap kami akan bersaing lagi pada tahun depan," kata Kasma.
Sementara itu, pelumba berusia 17 tahun Hakim Danish membuktikan dia bukan saja mampu memberikan cabaran sengit kepada pelumba senior, namun meraih kemenangan dalam kelas MSBK600.
Lebih menarik, pelumba yang beraksi bersama pasukan SIC Racing itu menyapu bersih kedua-dua perlumbaan yang ditawarkan hari ini sekaligus mengecewakan juara keseluruhan Helmi Azman.
"Untuk perlumbaan terakhir ini (Perlumbaan 3), ia amat bagus," kata Hakim. "Saya amat yakin dengan jentera saya pada kali ini.
"Apabila saya berada di litar, saya banyak memerhati dan belajar daripada Helmi yang juga amat kompetitif. Ketika perlumbaan, saya cuba sebaik mungkin untuk mengikuti pergerakannya dan apabila tiba masa sesuai, saya cuba ke depan dan meraih kemenangan.
"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang sentiasa menyokong saya untuk mendapatkan kemenangan ini."
Berikut adalah keputusan Perlumbaan 2 dan 3 serta juara keseluruhan MSBK 2023.
Keputusan Perlumbaan 2
MSBK1000 A
1. Azroy Hakeem Anuar, BOON SIEW HONDA RACING TEAM,
2. Azlan Shah Kamaruzaman, YAMAHA GEN BLU RACING TEAM ASEAN,
3. Kasma Daniel Kasmayuddin, YAMAHA GEN BLU RACING TEAM ASEAN,
MSBK1000 B
1. Md Amir Izzat Rozali, Horizon Racing Team, 22’26:217s
2. Hsuan Ming Chen, Dream Team, 22’35:113s
3. Md Radzi Omar, FGRT (Fauzi Gan Racing Team), 22’55:035s
MSBK600
1. Muhd Hakim Danish YAMAHA, SIC RACING, 21 :53.307
2. Muhd Helmi Azman, BOON SIEW HONDA RACING, 21 :53.577
3. Muhd Idlan Haqimi Raduan, BOON SIEW HONDA RACING, 22 :42.673
MSBK 250 A
1. Geoffrey Reviven Emmanuel, GUSTO RACING, 19 :56.938
2. Muhd Farid Hakimi Farid Sezli, BOON SIEW HONDA, 19 :57.943
3. Muhd Muzakkir Mohamed, HORIZON RACING TEAM, 20 :06.012
MSBK250 B
1. Md Izrul Huzaimi, HORIZON RACING TEAM, 20’41:546s
2. Rakshith Dave, CRA MOTORSPORTS INDIA, 20’41:903s
3. Md Nur Haikal, HJ RACING, 20’54:738s
Honda CBR250RR Challenge Cup
1. Muhd Shahrol Syazras, Malaysia, 20 :22.157
2. Ahmad Darwisy Ahmad Sahir, Malaysian, 20 :22.301
3. Nguyen Duc Thanh, Vietnam, 20 :41.190
Berjaya Sompo Y16ZR Race MasterClass
1. Ahmad Syukran Aizat Mohd Yusoff, SOON C HYE, 17 :38.749
2. Emil Idzhar Ezuan HIAP AIK RAC ING TEAM, 17 :38.767
3. Muhd Adie Putra Sukarno, TWOWAY, 17 :38.815
Keputusan Perlumbaan 3
MSBK1000 A
1. Azroy Hakeem Anuar, BOON SIEW HONDA RACING TEAM, 21’26:988s
2. Azlan Shah Kamaruzaman, HORIZON RACING TEAM, 21’31:484s
3. Kasma Daniel Kasmayuddin, YAMAHA GEN BLU RACING TEAM ASEAN, 21’34:464s
MSBK1000 B
1. Muhd Amir Izzat Rozali, HORIZON RACING TEAM, 22 :34.484
2. Hsuan Ming Chen, DREAM TEAM, 22 :38.019
3. Mohd Radzi Omar, FGRT (FAUZI GAN RACING TEAM), 22 :51.853
MSBK600
1. Muhd Hakim Danish, SIC RACING, 21 :57.401
2. Muhd Helmi Azman, BOON SIEW HONDA RACING, 21 :58.406
3. Ao Leong Fu, 23 :26.894
*Kedudukan 3 terbaik
Juara Keseluruhan MSBK 2023
MSBK1000 A
Kasma Daniel Kasmayudin, Yamaha Gen Blu Racing Team Asean, 172 mata
MSBK1000 B
Muhd Amir Izzat Rozali, Horizon Racing Team, 167 mata
MSBK600
Muhd Helmi Azman, Boon Siew Honda Racing, 180 mata
MSBK250 A
Muhd Irfan Haykhal Amidi Boon Siew Honda, 133 mata
MSBK250 B
Muhd Izrul Huzaimie Amran Horizon Racing Team, 115 mata
HONDA CBR250RR CHALLENGE CUP
Nguyen Duc Thanh HONDA, Vietnam, 101 mata
BERJAYA SOMPO YAMAHA Y16ZR RACE MASTERCLASS
Abdullah Qayyum Abd Razak, 97 mata