AZROY Hakeem, Helmi Azman Diumum Pelumba 'Wildcard' Moto2 GP Malaysia 2023, Petronas MIE Racing!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

11/8/20231 min read

SELEPAS agak lama dibiar sebagai spekulasi, Malaysia akhirnya memiliki dua tambahan wakil di Grand Prix (GP) Malaysia 2023 dalam kelas Moto2 menerusi pengesahan Azroy Hakeem Anuar dan Helmi Azman.

Pengumuman itu sedikit pelik apabila hanya dibuat menerusi siaran video oleh Petronas Motorsports di laman sosial rasminya, semalam selain laman sosial rasmi petronasmieracinghondateam.

Dan sekali lagi dan seperti dijangka, ia membabitka kerjasama Petronas dan MIE Racing dari Jepun.

Sebagai info, Malaysia turut menampilkan dua pelumba dalam kelas Moto2 di GP Malaysia 2022 menerusi tiket tiket 'Wildcard' bersama pasukan Petronas Mie Racing.

Begitupun, pelumba yang mewakili negara pada tahun lalu adalah Kasma Daniel Kasmayuddin dan Azroy.

Kepada yang mengikuti arena sukan permotoran dua roda negara, Azroy dan Helmi Azman baru saja mengharungi perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2023 dalam kelas SS600 di Zhuhai China, minggu lalu.

Azroy pada perlumbaan berkenaan turut bergelar juara pada Perlumbaan 1 dengan Helmi meraih kedudukan podium pada kedua-dua Perlumbaan 1 dan 2.