BATERIKU Astra Dilancarkan, Ada Pensijilan SIRIM
Sejak diperkenalkan tiga tahun lalu, ASTRA sudah mencatatkan lebih daripada 1 juta unit jualan hasil daripada kekuatan ekosistem Bateriku yang merangkumi 225 pitstop fizikal di seluruh negara
PELANCARAN
8/12/20252 min read


SYARIKAT penyedia Perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan nombor satu di Malaysia, Bateriku (M) Sdn. Bhd. melakar satu lagi pencapaian penting apabila melancarkan bateri automotif ASTRA yang tersedia dengan pensijilan SIRIM bagi kesemua 28 SKU produknya.
Selain pelancaran ASTRA, turut dirasmikan adalah Makmal Kualiti Bateriku, iaitu fasiliti dalaman yang membolehkan ujian ke atas prestasi, ketahanan dan keselamatan setiap bateri ASTRA yang dibekalkan dapat dilakukan secara menyeluruh.
Pelancaran disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Industri), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Hanafi Sakri, dan turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi SIRIM Berhad, pemain industri automotif serta rakan-rakan strategik Bateriku.
Sejak diperkenalkan tiga tahun lalu, ASTRA sudah mencatatkan lebih daripada 1 juta unit jualan hasil daripada kekuatan ekosistem Bateriku yang merangkumi 225 pitstop fizikal di seluruh negara, dan lebih daripada 1,500 juruteknik gig bergerak yang dilatih oleh Akademi Bateriku.
ASTRA mendapat pengiktirafan SIRIM melalui pensijilan IEC 60095 yang memenuhi standard Antarabangsa dari segi piawaian keselamatan dan kualiti. Ia menjadi ASTRA satu-satunya jenama bateri automotif yang mendapat pensijilan untuk semua 28 SKU produknya - Bateri MF, Bateri EFB dan Bateri AGM.
Lebih menarik, setiap pembelian bateri ASTRA turut dilengkapi dengan Perlindungan Kumpulan Insuran Takaful (GPA) Kemalangan Diri (GPA) percuma sehingga RM 7,000 – inisiatif pertama dalam industri bateri di Malaysia.
Pengguna juga akan menikmati perkhidmatan waranti nasional termasuk bantuan lokasi di mana sahaja di Malaysia. Contohnya, jika pengguna menukar bateri di Shah Alam, Selangor dan mengalami kerosakan di Bota Kiri, Perak, Bateriku menerusi ekosistemnya akan hadir terus ke lokasi untuk membantu para pelanggan.
Sementara itu, penubuhan Makmal Kualiti Bateriku di bawah Makmal Hijau Sdn. Bhd. bakal memperkukuhkan lagi kawalan mutu dalaman serta memastikan setiap bateri ASTRA menepati piawaian standar kualiti yang ditetapkan.
Hanafi dalam ucapannya memuji komitmen Bateriku untuk mendapatkan pensijilan SIRIM untuk jenama bateri ASTRA serta penubuhan Makmal Kualiti dalamannya yang membuktikan bahawa syarikat tempatan mampu bersaing bukan sahaja dari segi harga tapi dari sudut kualiti dan ketelusan kawalan mutu.
Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku, Azarol Faizi Zakaria Ansari berkata ASTRA bukan sekadar bateri, namun janji terhadap kualiti, sokongan selepas jualan dan ketenangan fikiran untuk setiap pengguna di jalan raya.
"Kenapa ASTRA menjadi bateri pilihan mekanik? Kerana mekanik tidak perlu lagi melayan tuntutan waranti pelanggan mereka. Kini pelanggan bengkel boleh pergi kemana-mana 225 Pitstop Bateriku di seluruh negara atau hubungi talian Hotline 24 jam Bateriku. Semuanya akan diuruskan oleh Bateriku," katanta.
Sebagai info, mana-mana pemilik bengkel yang berminat untuk mendapatkan bateri ASTRA, boleh hubungi 013 844 2816 atau email kepada b2wteam@bateriku.com.






