BAUTISTA 'Tapau' Aksi Superpole, Perlumbaan 2, Hafizh Pulang Tangan Kosong!
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
9/24/20233 min read
ALVARO Bautista yang dipalit duka pada Perlumbaan 1 bangkit menebus kekecewaannya dengan menyapu bersih kedua-dua aksi - Perlumbaan Superpole dan Perlumbaan 2 WorldSBK Aragon 2023 yang berlangsung pada Ahad.
Tidak mengutip sebarang mata pada Perlumbaan 1, pelumba pasukan 'Factory' Ducati itu (Aruba.It Racing Ducati) membuktikan 'bisanya' masih belum hilang dengan keputusan yang dicapai.
Begitupun, pada Perlumbaan Superpole, pelumba kelahiran Sepanyol itu tidak memperoleh kemenangan mudah apabila dihambat teruk dua pencabar utamanya, Jonathan Rea (Kawasaki Racing Team WorldSBK) dan Toprak Razgatlioglu (Pata Yamaha Prometeon WorldSBK) sebelum menang.
Malah, dia hanya dibezakan dengan 0.179 saat (s) dengan Rea dalam perebutan kemenangan dan 0.475s dengan Toprak yang terpaksa berpuas hati di tangga ketiga.
Tetapi, Bautista meraih kemenangan lebih selesa pada Perlumbaan 2 apabila dia melintasi garisan penamat 4.064s di depan Toprak manakala rakan sepasukannya, Michael Ruben Rinaldi - pemenang Perlumbaan 1 melengkapkan posisi podium.
Sementara itu, hasrat pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk mengekalkan rekodkan mendapatkan mata dalam setiap pusingan perlumbaan yang disertai akhirnya lebur.
Sebelum ini, pelumba pasukan Petronas MIE Honda Racing itu tidak pernah gagal untuk meraih mata dalam tujuh pusingan perlumbaan yang disertainya musim ini.
Berbaki dua lagi pusingan perlumbaan, Algarve, Portugal dan Jerez, Sepanyol, Bautista kini memimpin carta kejuaraan selepas mengumpul 504 mata diikuti Toprak 457 mata.
Rea yang juga juara dunia WorldSBK enam kali di tangga ketiga dengan 328 mata.
Berikut adalah keputusan Perlumbaan Superpole dan Perlumbaan 2
Superpole
1. Alvaro Bautista (SPA) Aruba.It Racing Ducati, 10 Lap
2. Jonathan Rea (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +0.179s
3. Toprak Razgatlioglu (TUR) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +0.475s
4. Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +5.013s
5. Michael Ruben Rinaldi (ITA) Aruba.It Racing Ducati, +6.013s
6. Iker Lecuona (SPA) Team HRC WorldSBK, +7.024s
7. Xavi Vierge (SPA) Team HRC WorldSBK, +8.592s
8 Philipp Oettl (GER) GoEleven Ducati, +9.384s
9. Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, +9.740s
10. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +10.103s
11. Scott Redding (GBR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, +10.279s
12 Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing Team, +10.405s
13. Michael Van Der Mark (NED) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, +15.185s
14. Dominique Aegerter (SWI) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +15.300s
15. Axel Bassani (ITA) Motocorsa Ducati, +15.699s
16. Florian Marino (FRA) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +20.947s
17. Tito Rabat (SPA) Puccetti Kawasaki, +23.827s
18. Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha WorldSBK Team, +27.934s
19. Hafizh Syahrin (MAL) PETRONAS MIE Racing HONDA Racing, +28.005s
20. Isaac Vinales (SPA) TPR by Vinales Racing, +29.003s
21. Lorenzo Baldassarri (ITA) GMT94 Yamaha, +34.311s
22. Oliver Konig (CZE) Orelac Racing Kawasaki, +42.997s
23. Eric Granado (BRA) PETRONAS MIE Racing HONDA Racing, DNF
24. Gabriele Ruiu (ITA) Bmax Racing BWM, DNF
25. Loris Baz (FRA) Bonovo Action BMW, DNF
Perlumbaan 2
1. Alvaro Bautista (SPA) Aruba.It Racing Ducati, 18 Lap
2. Toprak Razgatlioglu (TUR) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +4.064s
3. Michael Ruben Rinaldi (ITA) Aruba.It Racing Ducati, +7.109s
4. Jonathan Rea (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +14.007s
5. Axel Bassani (ITA) Motocorsa Ducati, +15.270s
6. Iker Lecuona (SPA) Team HRC WorldSBK, +17.104s
7. Philipp Oettl (GER) GoEleven Ducati, +18.152s
8. Xavi Vierge (SPA) Team HRC WorldSBK, +18.574s
9. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +19.940s
10. Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, +22.509s
11. Michael Van Der Mark (NED) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, +23.129s
12. Dominique Aegerter (SWI) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +27.041s
13. Loris Baz (FRA) Bonovo Action BMW, +27.818s
14. Scott Redding (GBR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, +32.000s
15. Florian Marino (FRA) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +34.509s
16. Lorenzo Baldassarri (ITA) GMT94 Yamaha, +34.821s
17. Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha WorldSBK Team, +36.678s
18. Tito Rabat (SPA) Puccetti Kawasaki, +42.804s
19. Eric Granado (BRA) PETRONAS MIE Racing HONDA Racing, +51.427s
20. Isaac Vinales (SPA) TPR by Vinales Racing, +51.690s
21. Oliver Konig (CZE) Orelac Racing Kawasaki, 1'06.208s
22. Hafizh Syahrin (MAL) PETRONAS MIE Racing HONDA Racing, DNF
23. Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, DNF
24. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing Team, DNF
25. Gabriele Ruiu (ITA) Bmax Racing BWM, DNF