BELAJAR Kesilapan Di Jerez Bantu Marc Marquez Elak Jatuh Di Le Mans
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
5/12/20251 min read


PELUMBA Ducati Lenovo, Marc Marquez percaya dia akan jatuh pada perlumbaan di Le Mans, Perancis jika tidak melakukan kesilapan di Jerez, Sepanyol.
Juara dunia lapan kali itu terjatuh pada pusingan pembukaan di Grand Prix laman sendiri, dua minggu lalu ketika sedang memburu posisi podium yang sekali gus menamatkan deretan kemenangannya pada musim ini.
Sekalipun tidak berjaya menang di Le Mans, pelumba kelahiran Sepanyol itu berjaya mengelak daripada terjatuh dan menamatkan perlumbaan sebagai naib juara dan memberikannya kelebihan 22 mata di puncak carta kejuaraan.
Dan menariknya, pelumba itu percata apa yang terjadi kepada di Jerez 'membantunya' melepasi garisan penamat di Le Mans yang berlangsung dalam keadaan litar basah.
"Adakah ia Ahad yang kamu boleh melakukan kesilapan, atau ia mudah," kata Marquez. "Tetapi faktanya adalah kesilapan yang saya lakukan di Jerez mengelak kesilapan pada hari ini, kerana jika tidak, jika saya menang di Jerez, saya 80 peratus yakin saya akan terjatuh hari ini (semalam) kerana saya tahu diri saya.
"Jadi kesilapan di Jerez... Saya perlu kekal berfikir mengenainya dan cuba untuk bertambah baik pada masa depan."
Mengulas lanjut, Marquez berkata taktikal yang dilakukannya di Le Mans termasuk untuk mengharungi dua penalti 'long lap' adalah cara untuk mengurangkan 'kerosakan' pada perlumbaan yang penuh dramatik dan sukar dijangka itu.
"Ia adalah hari di mana kamu perlu meminimakan kerosakan," katanya. "Kenapa? Dengan keadaan seperti itu adalah mudah untuk melakukan kesilapan yang kecil.
"Pada perlumbaan, saya hanya cuba untuk mengawal ALex (Marque), yang juga pencabar utama kejuaraan ketika ini, dia adalah pelumba yang paling rapat dengan saya. Saya hanya cuba untuk menguruskan jarak dengannya.
"Dan menunggang dengan 1 minit (m) 45 saat (s) adalah risiko yang besar jadi saya hanya melakukan 1m46s, 1m47s, menamatkan perlumbaan dan tamat."
