BELI 1 MOTOSIKAL BERPELUANG BAWA BALIK 1 MOTOSIKAL LAGI! JOM Menang Versys 650, Ninja 250 atau Z250 dengan AEON Credit!

TERKINI

11/25/20241 min read

SEDANG berlangsung sehingga 31 Disember ini, Kawasaki Malaysia bersama AEON Credit Service menjalankan promosi cukup mengujakan iaitu Kempen Beli & Menang AEON Credit x Kawasaki Malaysia 2024.

Selain sebuah unit Versys 650, Ninja 250 atau Z250 untuk bakal pemenang, pelbagai lagi hadiah-hadiah cabutan bertuah yang menarik tersedia antaranya:

  • 2x Kamera Aksi

  • 3x Jaket Menunggang

  • 5x Topi Keledar Full-face

Anda berminat? Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan yang memohon pembiayaan motosikal AEON Credit untuk semua model Kawasaki baru yang dijual oleh EMOS sebelum 31 Disember 2024.

Pemenang cabutan bertuah akan diumumkan pada Februari 2025.

Permohonan boleh dibuat di mana-mana 12 pengedar Kawasaki All-Star yang terpilih di seluruh negara dengan senarai adalah seperti di bawah:

• Bikers Gallery Sdn Bhd

• Eang Chun Motor Sdn Bhd

• Serdang Motorcycle Sdn Bhd

• Chear Motor (HQ) Sdn Bhd

• Ghee Hua Co. Sdn Bhd

• Southern Motorworld Enterprise

• Qbee Superbike Sdn Bhd

• Guan How Superbike Center Sdn Bhd

• Sendayan Motor (Nilai) Sdn Bhd

• Stunning Bike Sdn Bhd

• Fook Yong Motor Trading Sdn Bhd

• Puncak Alam Motorworld Sdn Bhd

Untuk menyertai Kempen Beli & Menang AEON Credit x Kawasaki Malaysia 2024 ini, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

Kriteria Kelayakan:

● Pelanggan yang memohon pembiayaan motosikal AEON Credit untuk semua model Kawasaki baru yang dijual oleh EMOS di mana-mana 12 pengedar Kawasaki AllStar yang disenaraikan sepanjang tempoh kempen akan layak menyertai kempen ini

(Pelanggan Layak).

● Pelanggan perlu menghantar borang permohonan LENGKAP bersama dokumen sokongan yang diperlukan kepada pengedar terpilih.

● Pelanggan yang permohonannya diluluskan oleh AEON Credit dalam tempoh kempen akan dirujuk sebagai 'Peserta Berjaya'.

● Semua kelulusan adalah berdasarkan budi bicara AEON Credit mengikut proses penilaian kredit mereka.

Penyertaan yang berjaya akan layak untuk pemilihan pemenang cabutan bertuah yang

dianjurkan oleh EMOS, berdasarkan kes permohonan yang diluluskan dalam tempoh kempen dan dengan Perjanjian Sewa Beli-i yang disempurnakan dan direkodkan dalam pangkalan data AEON Credit menjelang 31 Januari 2025.

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bergelar pemenang dan segera buat permohonan anda di pengedar Kawasaki All-Star yang terpilih.

Lokasi pengedar All-Star boleh didapati di sini: https://www.kawasaki.com.my/kawasaki/all-star

Untuk maklumat lanjut, layari: https://kawasaki.com.my/.../aeon-buy-win-campaign-2024