BELI Motosikal Elektrik Dapat Rebat RM 2.4k Tahun Depan, Tapi...

TERKINI

10/13/20231 min read

SEBAGAI cara menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan kenderaan berkuasa elektrik, kerajaan menerusi Belanjawan 2024 memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik.

Menerusi skim berkenaan, setiap pembelian motosila elektrik, pembeli akan menerima rebat sehingga RM 2,400.

Begitupun jangan terlalu gembira, skim berkenaan mempunyai syarat iaitu untuk rakyat yang memiliki pendapatan tahunan RM 120,000 ke bawah.

Menurut Perdana Menteri ke-10, inisiatif itu antara usaha kerajaan untuk terus melonjak pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) tempatan dan menggalakkan penerimaan rakyat terhadap penggunaan EV.

Kata PMX lagi, kerajaan mengalu-alukan pelaburan melebihi RM 170 juta oleh syarikat terkemuka seperti Tenaga Nasional Bhd (TNB), Gentari dan Tesla Malaysia untuk memasang 180 stesen pengecasan EV.