BELUM Tentu Jentera Ducati Terbaik Musim Depan - Jorge Martin
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
11/10/20241 min read


PENGHIJRAHAN Jorge Martin ke Aprilia musim depan memberi makna dia akan meninggalkan jentera yang terbukti terbaik di MotoGP selama tiga musim berturut-turut.
Di ambang untuk mengesahkan gelaran dunia MotoGP sulungnya di Barcelona, hujung minggu ini, Martin antara pelumba daripada Ducati yang membuat keputusan dianggap drastik itu.
Dan ketika ditanya mengenai pandangannya mengenai situasi berkenaan, jawapan yang diberikan pelumba kelahiran Sepanyol itu tampak cukup positif.
"Atau tidak. Kita tidak tahu mengenainya," kata Martin menjawab soalah AS mengenai perasaannya meninggalkan jentera terbaik di MotoGP kepada pelumba lain.
"Pada akhirnya kita tidak mengetahui mengenai perkara ini dan saya hanya mahu memikirkan mengenai tahun ini dan pergi berlumba daripada satu perlumbaan ke satu perlumbaan.
"Selepas ini (Barcelona) barulah saya akan berfikir mengenai tahun depan. Saya tidak tahu apa yang akan saya dapat. Saya juga tidak tahu jika ia amat baik atau amat buruk, jadi saya akan berfikir mengenainya apabila saya perlu memikirkannya."
Ketika ditanya sama ada pernah memikirkan semula keputusannya meninggalkan Ducati, pelumba Pramac Racing berkata; "Tidak pernah.
"Langsung tidak pernah. Saya tidak pernah menimbangkan semua atau akan menimbangkannya semula. Pada akhirnya, ada situasi dalam hidup di mana kamu perlu mengambil keputusan dan ini adalah salah satu daripadanya.
"Saya hanya mengikuti impian saya dan berharap saya dapat memenuhinya."
Ducati Corse pada awalnya dijangka akan memberikan kontrak Ducati Lenovo kepada Martin bagi kempen 2025 sebelum membuat pusingan 'U' dengan memilih juara dunia enak kali, Marc Marquez.
