BENDA Chinchilla 250 CVT Rasmi Di Malaysia, Enjin V-Twin, Auto, RM 18,888!
Seperti skuter, penggunaan transmisi CVT dengan klac automatik serta pacuan akhir tali sawat menjadikan pengendalian Benda Chinchilla 250 CVT (2026) jauh lebih ringkas dan lancar, sekali gus sesuai untuk penunggang baharu mahupun mereka yang mahukan tunggangan harian yang mudah
PELANCARAN
11/23/20261 min read


SATU lagi motosikal bergaya kruiser dengan transmisi auto rasmi memasuki pasaran tempatan menerusi pelancaran Benda Chinchilla 250 CVT (2026).
Seperti namanya, Benda Chinchilla 250 CVT (2026) menggabungkan karakter enjin 250 cc, V-Twin bersama kemudahan transmisi automatik.
Diumumkan pada harga RM 18,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan), Benda Chinchilla 250 CVT (2026) dipadankan dengan enjin 249 cc, 2 Silinder V-Twin, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Fi, SOHC dengan transmisi auto CVT.
Kuasa yang dihamburkan berada pada angka 25.5 Hp pada 8,500 rpm dan tork 25 Nm pada 6,500 rpm.
2 pilihan warna tersedia iaitu Eclipse Black dan Storm Grey.
Seperti skuter, penggunaan transmisi CVT dengan klac automatik serta pacuan akhir tali sawat menjadikan pengendalian Benda Chinchilla 250 CVT (2026) jauh lebih ringkas dan lancar, sekali gus sesuai untuk penunggang baharu mahupun mereka yang mahukan tunggangan harian.
Dari sudut pengendalian, sistem suspensi Benda Chinchilla 250 CVT (2026) menggunakan fork jenis terbalik (USD) dan penyerap hentak berkembar (belakang) dengan ciri boleh laras.
Sistem brek pula dipacu cakera tunggal 320 mm dengan kaliper 4 piston (depan) dan cakera tunggal 260 mm dengan kaliper 2 Piston (belakang) lengkap dengan ABS dwi-saluran. Turut tersedia adalah Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan penggunaan panel meter digital LCD.
Info lain
Set roda 120/80-16 (depan), 150/80-15 (belakang)
Tangki bahan api 10 liter
Lega bumi 160 mm
Tinggi pelana 690 mm
Berat 192 kg
Macam biasa, jaminan pengeluar adalah selama 2 tahun atau 20,000 kilometer serta perlindungan komponen enjin tanpa had perbatuan bagi baki tempoh waranti.





