BENDA Motor Kini Rasmi Di Malaysia, Lancar Benda Napoleon Bob V2, Dark Flag V4 (2024) Di MA 2024!

PELANCARAN

5/24/20241 min read

BENDA Motor, jenama motosikal dari negara Tembok Besar secara rasmi memasuki pasaran Malaysia dan diperkenalkan sempena Malaysia Autoshow 2024 yang sedang berlangsung ketika ini.

Terkenal dalam segmen 'Kruiser' menerusi rekaan motosikal yang boleh dianggap drastik, dua model dipertaruhkan Benda Motor di pasaran tempatan iaitu Benda Napoleon Bob 500 dan Dark Flag 500 (2024).

Maklumat mengenai harga jualan (asas), pilihan warna dan spefikasi ringkas adalah seperti berikut:

Benda Napoleon Bob 500 (2024)

  • Harga: RM 27,888

  • Pilihan warna: Ebony Black, Onyx Grey

  • Enjin 475.6 cc, V-Twin, 8 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC.

  • Transmisi 6 kelajuan klac manual (Assist & Slipper).

  • Kuasa 47 Hp @ 8,800 rpm, tork 42 Nm @ 6,700 rpm.

  • Guna Tali Sawat.

  • Fork teleskopik (depan), penyerap hentak tunggal (belakang)

  • Set roda - 150/80-16 (Depan), 180/65-16 (Belakang).

  • Brek cakera tunggal 320 mm dengan kaliper 4 Piston depan, cakera tunggal 260 mm kaliper 2 Piston belakang.

  • Tangki bahan api 16 liter.

  • Tinggi pelana 695 mm, jarak lega bumi 148 mm, berat kering 201 kg.

Benda Dark Flag 500 (2024)

  • Harga: RM 39,888

  • Pilihan warna: Shiny Black, Ash Grey

  • Enjin 496 cc, V4, 16 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC.

  • Transmisi 6 kelajuan klac manual (Assist & Slipper).

  • Kuasa 53.6 Hp @ 10,500 rpm, tork 42 Nm @ 7,500 rpm.

  • Guna Tali Sawat.

  • Fork jenis terbalik (USD) depan dan 'absober' udara Benda (airmatic) belakang.

  • Set roda - 130/90-16 (depan), 150/80-16 (belakang).

  • Brek cakera tunggal 320 mm (depan), cakera 260 mm (belakang) lengkap Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 saluran.

  • Tangki bahan api 16 liter.

  • Tinggi pelana 700 mm, jarak lega bumi 133 mm, berat kering 248 kg.

Seperti biasa, harga yang diumumkan adalah disyorkan pengeluar dan tidak termasuk yuran pendaftaran, insurans dan cukai jalan.

Sebagai info, Benda adalah jenama motosikal dari China dan bernaung di bawah Keeway Group yang turut memiliki beberapa lagi jenama di bawahnya sepertui Benelli, MPB Morbidelli dan Keeway.

Di pasaran Malaysia, pemasangan model-model Benda Motor serta pengedarannya termasuk aktiviti selepas jualan dikendalikan oleh pihak MForce Bike Holdings (MForce Bike).