BENDA Napoleon Bob 250 (2025) Rasmi Di Malaysia, Asas RM 20,888!
Satu lagi penawaran menarik daripada MForce Malaysia menerusi pelancaran model yang bakal menyertai persaingan dalam segmen kruiser suku liter, Benda Napoleon Bob 250 (2025)
PELANCARAN
7/20/20251 min read


BENDA Motor Malaysia, hari ini secara rasmi melancarkan penawaran terbaharunya dalam segmen kruiser suku liter, BENDA Napoleon Bob 250 (2025) bersama harga jualan asas RM 20,888.
Empat pilihan warna ditawarkan iaitu:
Hitam
Perak
Hijau
Jingga
Seperti biasa, harga yang diumumkan tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Sebagai motosikal yang tiba dengan lencana Benda, Benda Napoleon Bob 250 (2025) tampil dengan rekaan cukup unik, futuristik di luar kebiasaan motosikal kruiser konvensional.
Apa yang menarik, sekali pun dipadankan dengan enjin dengan kapasiti suku liter, ia tampak seperti motosikal berkuasa tinggi.
Di bahagian trenkuasa, Benda Napoleon Bob 250 (2025) dipadankan dengan enjin bersesaran 249 cc V-Twin, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC bersama transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap dengan dengan klac sliper.
Dan kerana ia dipadankan dengan enjin dengan konfigurasi V-Twin, bunyi yang dikeluarkan cukup unik.
Kuasa yang dihamburkan pula adalah 25.5 Hp @ 9,000 rpm dan tork 25 Nm @ 5,500 rpm.
Tidak menggunakan sistem pacuan jenis 'belt, Benda Napoleon Bob 250 (2025) menggunakan sistem pacuan jenis rantai.
Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak berkembar (belakang).
Brek pula dijana cakera tunggal (depan/belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan turut memiliki sistem Kawalan Cengkaman (TCS).
Informasi lain adalah seperti berikut:
Panel meter LCD dengan paparan digital.
Set roda 130/80-18 (depan), 160/70-18 (belakang).
Lega bumi 120 mm.
Tinggi pelana 748mm.
Tangki Bahan Api 9.5 liter
Berat 182 kg
Seperti biasa, jaminan pengeluar adalah 20,000 jarak perjalanan atau dua tahun, yang mana tiba dahulu.




















