BENDERA Merah Beri Danilo Petrucci Tuah Di Cremona

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

9/21/20242 min read

PELUMBA Itali, Danilo Petrucci merangkul kemenangan sulungnya di pentas WorldSBK selepas menjuarai Perlumbaan 1 WorldSBK di Cremona, Itali hari ini.

Begitupun, kemenangan yang diraih bekas pelumba MotoGP itu turut 'dibantu' tuah selepas bendera merah dikibarkan susulan isu teknikal yang berlaku di litar yang pertama kali menganjurkan perlumbaan WSBK itu.

Berdasarkan laporan, isu yang timbul adalah disebabkan kehilangan visual kamera di selekoh 15.

Begitupun sebelum bendera merah dikibarkan, Petrucci yang beraksi bersama pasukan satelit Ducati, Barni Spark Racing sedang mendahului perlumbaan dengan kelebihan 2.5 saat di depan pelumba yang meraih tempat kedua, Nicolo Bulega dari pasukan 'kilang' Ducati, Aruba.it Racing.

Melengkapkan kedudukan podium adalah rakan sepasukan Bulega yang juga penyandang juara, Alvaro Bautista.

Memulakan perlumbaan di petak keenam, Petrucci berjaya meletakkan dirinya di depan di awal saingan dan berada di belakang pendahulu, Andrea Iannone seawal pusingan kelima.

Begitupun, pelumba yang pernah menjuarai perlumbaan MotoGP itu mengambil alih kedudukan sebagai pendahulu selepas Iannone terjatuh.

Sekalipun Bulega seperti tidak dicabar untuk menghuni tempat kedua, tempat ketiga yang diraih Bautista jauh lebih sukar.

Terpaksa memulakan perlumbaan di petak ke-13, Bautista terpaksa melakukan beberapa aksi menarik untuk berada di kedudukan ketiga pada pusingan ke-16 dalam perlumbaan yang sekadar berlangsung 17 pusingan itu.

Sementara itu, lima pelumba menamatkan perlumbaan dengan status 'DNF' termasuk pelumba Petronas MIE Racing Honda, Tarran Mackenzie.

Keputusan Perlumbaan 1 WorldSBK 2024 di Cremona, Itali

  1. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R (Menang)

  2. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, 2.225

  3. Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, 6.487

  4. Iker Lecuona (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, 7.187

  5. Axel Bassani (ITA) Kawasaki Racing Team Kawasaki ZX-10RR, 9.753

  6. Xavi Vierge (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, 9.449

  7. Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, BMW M 1000 RR, 10.003

  8. Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW BMW M 1000 RR, 11.727

  9. Michael Ruben Rinaldi (ITA) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, 16.397

  10. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, 16.537

  11. Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, 16.991

  12. Andrea Locatelli (ITA) Pata Prometeon Yamaha, Yamaha R1, 18.465

  13. Scott Redding (GBR) Bonovo Action BMW, BMW M 1000 RR, 26.010

  14. Markus Reiterberger (GER) ROKiT BMW Motorrad, BMW M 1000 RR, 27.573

  15. Alessandro Delbianco (ITA) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, 29.539

  16. Philipp Oettl (GER) GMT94 Yamaha, Yamaha R1, 34.671

  17. Marvin Fritz (GER) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, 36.989

  18. Tommy Bridewell (GBR) Honda Racing UK, Honda CBR1000RR-R, 44.093

  19. Ivo Lopes (POR) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, 44.584

  20. Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team, Kawasaki ZX-10RR, 1L

Andrea Iannone (ITA) Team Go Eleven, Ducati Panigale V4 R, DNF

Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing Team, Ducati Panigale V4 R, DNF

Tito Rabat (ESP) Puccetti Racing, Kawasaki ZX-10RR, DNF

Niccolo Canepa (ITA) Pata Prometeon Yamaha, Yamaha R1, DNF

Tarran Mackenzie (GBR) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, DNF