BENELLI Malaysia Kemas Kini Skuter Benelli Panarea 125 (2026), RM 6,998!

Bergaya neo-klasik, skuter Benelli Panarea 125 adalah salah satu model 'laku keras' jenama itu di pasaran Malaysia dan ia kini hadir dengan 4 pilihan warna baharu bagi versi 2026

TERKINI

8/26/20261 min read

BENELLI Panarea 125, salah satu model 'laku keras' jenama itu di pasaran Malaysia diberikan kemas kini membabitkan 'kosmetik' oleh Benelli Malaysia menerusi pengenalan 4 pilihan warna baharu bagi versi 2026.

Tampil dengan rekaan neo-klasik, Benelli Panarea 125 (2026) ditawarkan pada harga RM 6,998 (asas).

Sebagai info, ketika diperkenalkan pada 2022, harga yang diumumkan oleh MForce Bike adalah RM 6,888.

4 pilihan warna baharu yang ditawarkan adalah:

  • Charcoal Black

  • Rosa Pink

  • Modena Silver

  • Ivory White

Di bahagian trenkuasa, Benelli Panarea 125 (2026) dijana enjin 124 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Udara, Fi, SOHC dengan transmisi auto CVT.

Kuasa yang dihamburkan adalah 8.44 Hp @ 7,500 rpm dan tork 9.2 Nm @ 6,000 rpm.

Suspensi depan menggunakan fork teleskopik manakala bahagian belakang menggunakan penyerap hentak tunggal dengan pelarasan preload manakala sistem brek menggunakan cakera tunggal 190 mm (depan) dan dram (belakang).

Ciri-ciri dan info menarik:

  • Lampu hadapan dan belakang LED

  • Panel meter gabungan analog-digital

  • Ruang simpanan bawah pelana 12 liter

  • 2 ruang storan depan

  • Port pengecasan USB

  • Lampu kecemasan

  • Set roda 100/90-12 (depan), 110/90-12 (belakang)

  • Penghidup elektrik/penendang

  • Tinggi pelana 760 mm

  • Tangki bahan api 4.6 liter

  • Berat 104 kg

Setiap pembelian Panarea 125 akan menerima jaminan pengeluar selama 2 tahun atau 20,000 km (yang mana tiba dahulu).