BENELLI TRK902X (2026) Rasmi Di China, RM 27k!
Sebagai model aras tinggi, Benelli TRK902X (2026) dipadankan dengan pelbagai sistem elektronik terkini dan komponen premium yang boleh dikatakan tak masuk akal jika berpandukan kepada spesifikasinya
TERKINI
7/24/20261 min read


PERKEMBANGAN mengujakan buat peminat motosikal bergaya 'Adventure touring' termasuk di Malaysia apabila Benelli melancarkan model aras tingginya dalam segmen berkenaan, Benelli TRK902X (2026) dan menariknya, bersama tanda harga yang boleh disifatkan 'gila' 44,800 RMB (RM 27k).
Sebagai model aras tinggi, Benelli TRK902X (2026) dipadankan dengan pelbagai sistem elektronik terkini dan komponen premium yang boleh dikatakan tak masuk akal jika berpandukan kepada spesifikasinya.
Di bahagian trenkuasa, ia dipacu enjin 904 cc, 2 Silinder Sebaris, Penyejuk Cecair, Fi dengan transmisi 6 kelajuan klac manual. Kuasa berada pada angka 104.7 Ps @ 9,000 rpm dan tork 90 Nm @ 6,500 rpm.
Menggunakan sistem 'ride by wire', Benelli TRK902X (2026) dikawal oleh 6-axis IMU dari Bosch yang membolehkan memiliki tiga mod tunggangan — Standard, Rain dan Sport, Cornering ABS, cruise control, TCS dan Quickshifter (2 hala).
Panel meter menggunakan skrin TFT 7-inci yang lengkap dengan sambungan telefon pintar dan menyokong navigasi, tekanan serta suhu tayar dan kamera perakam video 1080P (depan).
Lebih menarik, ia turut hadir dengan sistem Radar Belakang yang memberi amaran titik buta dan amaran pelanggaran
Untuk keselesaan, turut tersedia pemanas grip terotel dan pelana.
Sistem brek dan suspensi tak dilupakan apabila Benelli menggunakan komponen premium daripada Brembo dan Marzocchi.
Ada peluang masuk Malaysia? Ya, Benelli TRK902X (2026) sudah pun ada di HQ Mforce Bike di Pulau Pinang jadi kita tunggu pengumuman saja.

