BMW Motorrad 'Factory' Pilih Van Der Mark Jadi Gandingan Toprak, Redding 'Turun Pangkat'

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

9/21/20231 min read

BMW Motorrad melengkapkan senarai pelumba dalam pasukan 'Factory' ROKiT BMW Motorrad WorldSBK dalam kempen WorldSBK musim depan menerusi pengesahan Michael Van Der Mark bergandingan dengan Toprak Razgatlioglu.

Situasi berkenaan menyaksikan seorang lagi pelumba bintang pasukan itu yang juga bekas pelumba MotoGP, Scott Redding terpaksa turun pangkat dengan menyertai pasukan satelit - Bonovo Action BMW.

Begitupun, Redding dijanjikan sokongan penuh daripada BMW Motorrad dan akan menggunakan jentera 'Factory' bagi musim depan dan pelumba kelahiran Great Britain itu akan bergandingan dengan Garrett Gerloff di Bonovo BMW.

Buat Van Der Mark, ini kali kedua dia akan menjadi rakan sepasukan Razgatlioglu selepas kempen di Yamaha sebelum ini.

BMW Motorrad pada musim depan dikatakan akan dipacu empat jentera 'Factory', menurut kata-kata Lengarah BMW Motorrad Dr, Markus Schramm.

"Empat pelumba hebat 'Factory' BMW Motorrad bersama dua pasukan BMW yang kuat - dengan peruntukkan baru ini, kami mengharungi persediaan yang menakjubkan bagi kempen WorldSBD musim 2024.

"Scott Redding adalah pelumba yang menakjubkan dan kami amat menghargai yang dia kekal bersama projek WorldSBK BMW Motorrad dan memberikan khidmatnya kepada Bonovo Action BMW team.

"Pengalamannya, kelajuan dan kepakaraannya akan menjadi komponen penting di mana kami sedang mengoptimakan sasaran kolektif kami bersama Garrett Gerloff dan keseluruhan pasukan.

"Dan penambahan Toprak Razgatlioglu membenarkan kami untuk menyenaraikan pelumba-pelumba 'Factory' kami ke kedua-dua pasukan kami yang kompetitif. Bersama dengan Michael van der Mark di ROKiT BMW Motorrad WorldSBK, kami memiliki senarai yang lengkap untuk keseluruhan projek."

Ketika pasukan-pasukan 'Factory' di WSBK hampir melengkapkan senarai nama, pasukan-pasukan satelit termasuk MIE Racing Honda yang diwakili pelumba negara, Hafizh Syahrin masih mengunci mulut mengenai situasi pelumba masing-masing.