BMW R 1300 GS, S 1000 XR, F 900 GS, CE 02 (2024) Rasmi Di Malaysia!
PELANCARAN
5/21/20242 min read
BMW Motorrad Malaysia melancarkan model yang dianggap sebagai 'Raja' 'Adventure touring' jenama Jerman itu, BMW R 1300 GS (2024) serba baharu sempena acara Malaysia Autoshow 2024.
Selain BMW R 1300 GS serba baharu, BMW Motorrad Malaysia turut melancarkan tiga lagi model terbaharunya di pasaran tempatan iaitu BMW S 1000 XR, BMW F 900 GS dan BMW CE 02 (2024).
Sebagai info, BMW S 1000 XR (2024) diposisikan dalam segmen 'Sport touring' manakala BMW F 900 GS boleh dikatakan sebagai 'adik' kepada BMW R 1300 GS dalam segmen sama.
Manakala BMW CE 02 (2024) adalah penawaran terbaharu jenama itu dalam segmen motosikal/skuter elektrik.
Berikut adalah angka harga yang diumumkan untuk keempat-empat model termasuk satu pilihan varian istimewa untuk BMW R 1300 GS (2024).
BMW CE 02 - RM 38,500
BMW F 900 GS - RM 88,500
BMW S 1000 XR - RM 129,500
BMW 1300 GS - RM 138,500
BMW 1300 GS Option 719 Tramuntana - RM 149,500
Perincian membabitkan spesfikasi adalah seperti berikut:
BMW R 1300 GS (2024)
Pilihan warna: Triple Black, Racing Blue Metallic, Option 719 Tramuntana.
Enjin Boxer 1,300 cc, 2 Silinder, 8 Injap, Penyejuk Cecair/Udara, DOHC, Transmisi 6 kelajuan Klac Slip/Assist.
Kuasa 145 Hp @ 7,750 rpm, tork 149 Nm @ 6,500 rpm.
4 mod tunggangan (Rain, Road, Eco, Enduro).
Skrin meter TFT berwarna 6.5 inci (Sambungan telefon pintar)
Sistem Tanpa Kunci, soket pengecas USB, Pemanas terotel, Kawalan Luncur Dinamik (DCC), Kawalan Luncur Aktif (ACC), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Amaran Penukaran Laluan (LCW), Lampu depan LED matriks 'Headlight Pro', Sistem Suspensi Elektronik Dinamik (DSA)
Berat 237 kg
BMW S 1000 XR (2024)
Pilihan warna: Gravity Blue Metallic, Blackstorm Metallic
Enjin 999 cc, 4 Silinder Sebaris, 16 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC
Transmisi 6 kelajuan Klac Slip/Assist
Kuasa 170 Hp @ 11,000 rpm, tork 114 Nm @ 9,250 rpm
Empat mod tunggangan (Rain, Road, Dynamic, Dynamic Pro)
Skrin meter TFT berwarna 6.5 inci (Sambungan telefon pintar)
Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC), DTC Wheelie, ABS Pro, Hill Start Control Pro, Dynamic ESA Pro, Shift Assist Pro, Headlight Pro DRL (Daytime Riding Light)
Sistem Tanpa Kunci, soket pengecasan USB.
Berat 226 kg
BMW F 900 GS (2024)
Pilihan warna: Sao Paulo Yellow, Racing Blue Metallic
Enjin 895 cc, 2 Silinder Parallel-Twin, 8 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC, Transmisi 6 Kelajuan Klac Slip/Assist
Kuasa 105 Hp @ 8,500 rpm, tork 93 Nm @ 6,750 rpm
Skrin meter TFT berwarna 6.5 inci (Sambungan telefon pintar)
Dua mod tunggangan (Rain, Road), Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC), BMW Motorrad ABS Pro, 'Gear Shift Assistant Pro', Sistem Tanpa Kunci, Kawalan Tekanan Tayar (RDC)
Soket pengecas 12 volt, USB
Berat 219 kg
BMW CE 02 (2024)
Pilihan warna: Cosmic Black
Motor elektrik yang menghasilkan kuasa 15 Hp dan tork 55 Nm dengan Bateri ion litium 6 kWj
Jarak pecut dari 0 hingga 50 km/j 3 saat.
Kelajuan tertinggi 95 km/j.
Jarak tunggang maksimum 100 km.
Pengecas 900W, Pengecas pantas sehingga 1500W
Cas 20 peratus ke 80 peratus - 1 jam 40 minit
Cas 0 peratus ke 100 peratus - 3 jam 30 minit
Skrin meter TFT 3.5 inci, BMW Motorrad Connect
Tiga mod tunggangan (Flow, Surf, Flash)
Soket pengecas USB, Sistem Tanpa Kunci, Automatic Stability Control (ASC), Bantuan Undur, Mod 'Cradle', ABS (Tayar depan)
Berat 132 kg
Menurut BMW Motorrad Malaysia, harga yang diumumkan termasuk dengan jaminan selama 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun, tanpa insurans).