BMW R 1300 R Titan, Kreativiti Ekstrem BMW Motorrad, Lengkap NOS!
BMW Motorrad hasilkan BMW R 1300 R Titan yang menjadi buktik mereka bukan sekadar pengeluar motosikal premium dan berprestasi tinggi, malah mampu menghasilkan produk daripada idea gila
TERKINI
7/16/20251 min read


BMW Motorrad membuktikan mereka bukan sekadar pengeluar motosikal premium dan berprestasi tinggi, malah mampu menghasilkan produk daripada idea gila yang kadangkala kelihatan melampau.
Dan bukti terbaharu untuk itu adalah BMW R 1300 R Titan, sebuah jentera konsep yang dibina oleh pasukan dalaman BMW sebagai 'tribute' kepada dunia perlumbaan drag dan sprint.
Mungkin sedikit mengecewakan, BMW R 1300 R Titan bukanlah projek komersial dan ia lahir daripada semangat dan kreativiti sekumpulan jurutera dan pereka BMW Motorrad, diketuai oleh Philipp Ludwig dan membuktikan bahawa BMW masih mampu berfikir seperti pembina garaj bebas — berani, radikal serta penuh karakter.
BMW R 1300 R Titan dibina berasaskan model R 1300 R roadster, tetapi hampir semua komponennya diubah:
Ciri-ciri menarik:
Dikuasakan enjin Boxer 1300 cc yang menghamburkan 143 Hp, tetapi disuntik dengan sistem Nitrous Oxide (NOS) yang menambah 30-40 Hp secara serta-merta.
Casis Wilbers khas yang ditala semula untuk kestabilan maksimum ketika pecutan, dengan lengan ayun panjang dan suspensi rendah.
Ekzos titanium Akrapovic yang direka khas dan menghasilkan bunyi garang dan aliran gas optimum.
Badan daripada gentian karbon monocoque forged yang ringan, kukuh dan aerodinamik bersama dengan saluran udara terbuka dan grafik biru metalik yang agresif.
Ergonomik perlumbaan drag dengan bar hendal clip-on rendah, footpeg jauh ke belakang, dan tempat duduk Alcantara untuk posisi menunduk ekstrem.
Paparan TFT dipindahkan ke tangki bahi mengurangkan gangguan visual di kokpit.
Sistem brek Magura HC3 yang Memberi kawalan brek yang responsif.
Tabung NOS diletakkan di antara dua ekzos belakang yang menambah nilai estetika.
Cetakan 3D pelana, lampu LED kuning dari BMW M4 CSL dengan setiap elemen direka dengan teliti untuk mencipta aura 'cyberpunk meets sprint racing'
Apa yang menarik, BMW R 1300 R Titan bukan motosikal pameran namun berfungsi sepenuhnya dan akan digunakan dalam perlumbaan sebenar.












