BMW R1300GS Dalam Perjalanan, Debut Rasmi Sah Pada September 2023

7/25/20231 min read

KETIKA memperkenalkan unit ke sejuta 'GS', baru-baru ini, BMW Motorrad turut membuat pengumuman mengujakan apabila mengesahkan generasi terbaharu jentera ADV touring BMW R1300GS akan dilancar pada September tahun ini.

Perkembangan itu bukan lagi sekadar khabar angin, namun diumumkan sendiri bos BMW, Dr Markus Schramm.

Model yang bakal menjadi pengganti kepada BMW R1250GS itu akan pemambuat penampilan rasmi ketika pembukaan BMW Motorrad World yang terletak bersebelahan kilang BMW Motorrad di Berlin pada 28 September ini.

Daripada imej 'spyshot' yang diperoleh sejak tahun lalu, ada pelbagai laporan yang menyatakan BMW R 1300 GS bakal mengalami perubahan besar-besaran.

Antara yang dijangka adalah ia tak lagi menggunakan frem tubular steel yang juga buat pertama kali dalam sejarah motosikal berkenaan.

Selain itu, dia dijangka akan lebih 'slim' berbanding model sedia ada (R 1250 GS) dan pastinya lebih berteknologi tinggi dan berkuasa (cc ditambah) serta beberapa lagi perubahan menarik lain.

Sumber imej: MCN