'BOLEH Jadi Pelumba MotoGP Musim 2026 Tapi...'
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
12/15/20241 min read


JUARA dunia Moto3 2024, David Alonso mengakui berpeluang untuk menyertai 'liga besar' MotoGP seawal musim 2026.
Begitupun, ia bersyarat namun pelumba berusia 18 tahun berbakat besar itu berpendapat dia lebih selesa untuk kekal di kategori pertengahan itu meskipun layak.
Berdasarkan kontraknya, pelumba yang dijangka akan menjadi rebutan pengeluar-pengeluar gergasi itu membenarkannya untuk berpindah jika dia memenangi gelaran dunia Moto2 buat pertama kali.
"Ya. Tetapi jika ia berlaku, saya tidak melihatnya sebagai amat realistik, tetapi ya, ada pilihan," kata Alonso kepada Marca.
"Kontrak saya adalah bersama Aspar. Saya tidak tahu. Ia boleh berlaku. Benar yang Moto2 adalah kategori di mana, pelumba seperti Johann Zarco, malah jika kamu menang dan kekal, ia bukan satu kategori untuk melakukannya.
"Kerana ia lebih bergantung kepada kamu, dari sudut kelajuan. Dan ia juga seperti gaya, ia adalah 'sekolah' yang baik dari sudut menunggang. Apa saya cuba katakan adalah ia tidak menyakitkan kamu untuk kekal (lebih lama).
"Jadi ia adalah kategori di mana jika kamu kekal lebih daripada setahun bukan satu masalah."
Alonso yang pada musim ini merobek rekod legenda MotoGP Itali, Valentino Rossi dengan menjuarai 14 perlumbaan dalam kelas terkecil di Kejuaraan Motosikal Dunia turut sedar pasukan-pasukan utama di MotoGP sedang 'memerhatikannya'.
"Amat bersyukur jika mereka berminat dan ia bermakna perkara berjalan dengan baik," katanya.
"Ia juga membenarkan kamu untuk memahami yang kami berada di laluan yang tepat, tetapi kami juga perlu terus bekerja keras kerana jika tidak... kami mungkin tidak akan berada di sini dan masih perlu berjuang.
"Kami perlu sentiasa mencuba untuk meningkat, dan lihat bagaimana kategori baharu ini. Bersyukur tetapi kami perlu terus bekerja."
