BOON Siew Honda Umum 4 Warna Baharu Honda RS-X (2024), Harga Mula 9.8k!

TERKINI

1/3/20241 min read

BOON Siew Honda meningkatkan pilihan penawaran untuk kapcai 'Super moped' popularnya, Honda RS-x bagi versi 2024 di pasaran tempatan menerusi penambahan empat pilihan warna baharu.

Pilihan warna baharu yang diperkenalkan kali ini adalah Mat Charcoal Grey Metallic (Emas), Candy Scintillate Red, Force Silver Metallic (Merah) dan Force Silver Metallic (Biru).

Untuk pilihan warna Mat Charcoal Grey Metallic (Emas), ia boleh didapati lebih awal di semua pengedar sah Honda Motor Malaysia seluruh negara mulai 4 Januari 2024 (esok).

Harga yang disyorkan oleh pengeluar adalah RM 9,848 (asas) tanpa yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Begitupun untuk pilihan warna Candy Scintillate Red, Force Silver Metallic (Merah) dan Force Silver Metallic (Biru), ia mula tersedia di pasaran pada 18 Januari 2024.

Dan harga yang disyorkan oleh pengeluar adalah RM 9,798 (asas).

Sedikit perbezaan, untuk pilihan warna Mat Charcoal Grey Metallic, ia dipadankan dengan rim berwarna emas manakala tiga lagi pilihan warna datang dengan rim berwarna hitam.

Tiada perubahan lain diumumkan dengan segala spesfikasi dan trenkuasa tidak berubah.

Mengulas lanjut, Honda RS-X dijana enjin bersesaran 150 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

15.4 Hp pada 9,000 rpm dan tork 13.6 Nm pada 7,000 rpm.

Mula berada di pasaran Malaysia pada penghujung tahun 2021, antara daya tarikan Honda RS-X adalah rekaannya yang menarik dan agresifi.

Selain itu, ia turut dipadankan dengan ciri-ciri menarik seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal, sistem lampu LED penih dan panel meter digital penuh.

Kepada yang masih ingat, Boon Siew Honda baru saja mengemaskini penawaran Honda RS-X menerusi pengenalan warna baharu Trico White Edition dan Radiate Gray Metallic pada November tahun lalu.

Seperti biasa, Boon Siew Honda turut menawarkan jaminan pembuatan selama 2 tahun atau 20,000 km jarak perjalanan (yang tiba dahulu) untuk setiap pembelian.