BOS MotoGP, Carmelo Ezpeleta Sahkan Khabar Angin Dorna Untuk Dijual

PELANCARAN

1/3/20241 min read

BOS 'besar' MotoGP, Carmelo Ezpeleta mengesahkan syarikat penganjur kejuaraan perlumbaan elit motosikal dunia, Dorna Sports akan dijual.

Khabar angin mengenai penjualan Dorna yang juga pemegang hak komersial MotoGP timbul beberapa hari lalu sebelum ia disahkan sendiri Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ezpeleta.

"Saya mengesahkan khabar angin jualan itu, tetapi saya mahu tahu siapa yang menyebarkannya," kata Espeleta, 77 kepada La Repubblica.

"Setiap hari saya menerima dua atau tiga panggilan telefon daripada institusi perbankan menanya saya jika ia adalah benar yang kami untuk dijual.

"Tetapi bank bukan mahu membelinya, mereka hanya mahu menawarkan perkhidmatan mereka sebagai orang tengah kepada operasi berkenaan.

"Saya hanya boleh berkata yang kami sudah bersedia: Kami kekal dengan pelabur pertama kami sejak 1998 hingga 2006: 8 Tahun.

"Kemudian datang Bridgepoint, yang melakukan beberapa perubahan dan kemudian 17 lagi datang.

"Ketika ini, sekitar 20 peratus saham Dorna dipegang oleh para pekerja dan saya memiliki majoriti, 39 peratus daripada Bridgepoint dan 38 peratus daripada dana awam Kanada.

"Apa saja boleh berlaku, pada bila-bila masa, tetapi ia masih belum berlaku.

"Mereka benar-benar menggemari produk dan formulanya berjalan dengan (Perlumbaan) Sprint," katanya.

MotoGP 'kehilangan' salah satu legendanya Valentino Rossi pada berakhir musim 2021 namun musim 2024 dijangka hangat terutama dengan kehadiran juara dunia 8 kali, Marc Marquez ke Ducati.