BOS MotoGP Tak Bimbang Penyertaan KTM Melebihi Musim 2026

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

3/11/20251 min read

BOS Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta mendedahkan pemilik MotoGP sedang melakukan rundingan dengan KTM membabitkan perjanjian kontrak baharu untuk terus berada di kejuaraan itu bermula pada tahun 2027.

Masa depan KTM di MotoGP mencetus kebimbangan apabila pengeluar motosikal gergasi Austria itu berdepan masalah kewangan meruncing.

Begitupun, syarikat induknya pada bulan lalu berjaya memperoleh undian penting daripada pemiutang yang menyaksikan pelan penstrukturan semula mereka diluluskan, dengan KTM kini hanya perlu membayar 30 peratus daripada hutangnya yang berjumlah € 2.2 bilion (RM 10.58 bilion).

Sebelum ini, syarikat itu dikatakan mempunyai pelan untuk keluar daripada MotoGP sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan kos.

But KTM motorsport boss Pit Beirer said during the brand’s 2025 MotoGP launch that it was already in the planning stages for its 2027 engine, when the series switches to an 850cc formula.

Dalam satu temuramah bersama motosprint.it, Ezpeleta memberikan perkhabaran positif buat peminat KTM dan berkata pihaknya sedang membincangkan situasi yang menyaksikan KTM akan kekal di MotoGP selepas kontraknya berakhir pada 2026.

"Saya bimbang, kerana saya tidak gemar ada pasukan berada dalam situasi ini," kata Ezpeleta.

"Pada masa saya, saya tidak bimbang mengenai sektor perlumbaan dan penyertaan jenama di Kejuaraan Motosikal Dunia, ia sudah tentu tidak.

"Sebaliknya, kami sedang melakukan rundingan ketika ini dengan Kumpulan KTM untuk melanjutkan perjanjian yang akan berjalan dari 2027 hingga 2031."

Bos KTM Motorsport, Pit Beirer ketika pelancaran MotoGP 2025 berkata pihaknya sudah pun merancang untuk membangunkan enjin bersesaran 850 cc yang bakal digunakan pada musim 2027.