BRIXTON Storr 500 (2026) Gegar Pasaran Malaysia, RM 29,888!
Diposisikan sebagai model lasak, apa yang mengujakan adalah Brixton Storr 500 masih mengekalkan DNA klasik jenama Brixton yang sinonim dengan gaya retro
PELANCARAN
2/1/20261 min read


TEKA-teki membabitkan model seterusnya yang akan dibawa masuk Brixton Malaysia ke pasaran tempatan selepas beberapa tahun 'mendiamkan diri' berakhir menerusi pelancaran model dalam segmen menarik 'Adventure touring' iaitu Brixton Storr 500 (2026), hari ini.
Dan lebih menarik, harga jualan yang diumumkan tepat seperti kami pernah jangkakan sebelum ini di bawah RM 30k iaitu RM 29,888.
Angka yang diumumkan itu adalah asas, tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan, insuran dan bersama tiga pilihan warna iaitu.
Black
Green
Yellow
Dan bersama angka harga yang diumumkan, pembeli turut menerima tiga kotak barangan secara standard.
Meskipun diposisikan sebagai model lasak, apa yang mengujakan adalah Brixton Storr 500 masih mengekalkan DNA klasik jenama Brixton yang sinonim dengan gaya retro.
Justeru, rekaannya khususnya di bahagian depan tampil agresif dengan lampu LED penuh berbentuk bulat yang memberi imej moden namun masih berakar pada gaya tradisi.
Bahagian trenkuasa, Brixton Storr 500 dipadankan dengan enjin 486 cc, 2 Silinder Sebaris, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa pada angka 47 Hp @ 8,500 rpm dengan tork 43 Nm @ 6,750 rpm.
Ciri-Ciri menarik termasuklah:
Panel meter TFT berwarna
Sistem brek cakera (depan/belakang) lengkap ABS Bosch dwi-saluran dengan kaliper J.Juan
Suspensi KYB boleh laras (depan/belakang)
Tangki bahan api 16 liter
Set roda 110/80-19 (depan) 150/60-17 (belakang)
Tinggi pelana 839 mm
Berat 209 kg
Seperti biasa, setiap pembelian hadir dengan jaminan pengeluar selama dua tahun dan jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu).











