BRIXTON Storr 500 Gegar Pasaran Malaysia Awal Bulan Depan?

Diposisikan sebagai model dalam segmen lasak, apa yang menarik Brixton Storr 500 masih mengekalkan DNA klasik Brixton yang sinonim dengan gaya retro namun 'garang'

TERKINI

1/28/20261 min read

PADA tahun lalu, kami pernah melaporkan yang Brixton Malaysia bakal menambah penawaran tahun ini dan menariknya dalam segmen 'Adventure touring' Brixton Storr 500.

Dan ia bukan sekadar khabar angin apabila maklumat itu diperoleh daripada pengedar eksklusif jenama berkenaan, MForce Bike Holdings Sdn Bhd.

Terbaharu, timbul maklumat yang model berkenaan bakal dilancarkan pada awal Februari ini dan ia turut diumumkan menerusi hantaran media sosial rasmi jenama itu di Malaysia, baru-baru ini.

Meskipun diposisikan sebagai model lasak, Brixton Storr 500 masih mengekalkan DNA klasik Brixton yang sinonim dengan gaya retro.

Justeru, rekaannya khususnya di bahagian depan tampil agresif dengan lampu LED penuh berbentuk bulat yang memberi imej moden namun masih berakar pada gaya tradisi.

Bahagian trenkuasa, Brixton Storr 500 dipadankan dengan enjin 486 cc, 2 Silinder Sebaris, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa pada angka 47 Hp @ 8,500 rpm dengan tork 43 Nm @ 6,750 rpm.

Ciri-Ciri menarik termasuklah:

  • Panel meter TFT berwarna

  • Sistem brek cakera (depan/belakang) lengkap ABS Bosch dwi-saluran dengan kaliper J.Juan

  • Suspensi KYB boleh laras (depan/belakang)

  • Tangki bahan api 16 liter

  • Set roda 110/80-19 (depan) 150/60-17 (belakang)

  • Tinggi pelana 839 mm

  • Berat 209 kg