BSH Kemas Kini Honda CBR150R (2025), Warna Baharu, RM 13.3k!
TERKINI
3/23/20251 min read


BOON Siew Honda (BSH) mengumumkan perubahan kosmetik terhadap 'Sportbike' aras mulanya Honda CBR150R (2025) dengan memperkenalkan dua pilihan warna baharu yang dikatakan lebih menarik.
Dua pilihan warna berkenaan adalah:
Silver
Trico
Bersama penawaran harga baharu adalah harga jualan baharu dengan Honda CBR150R (2025) diumumkan pada harga RM 13,399 (asas), peningkatan RM 100 berbanding versi terdahulu.
Seperti dinyatakan lebih awal, tiada perubahan lain dilakukan termasuk dari sudut rekaan dan trenkuasa.
Mengulas trenkuasa, Honda CBR150R (2025) kekal dengan enjin bersesaran 150 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Turut memiliki klac 'Assist & Slipper', kuasa yang dihamburkan adalah 16.09 Hp pada 9,000 rpm dan tork 13.7 Nm pada 7,000 rpm.
Sistem suspensi menggunakan fork jenis terbaik (USD) depan dan penyerap hentak tunggal (belakang). Brek pula menggunakan cakera tunggal (depan, belakang) lengkap Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran memberikannya penarafan keselamatan 5 bintang MyMAP.
Info penting lain adalah seperti berikut:
Tangki bahan api 12 liter
Berat 139 kg
Tinggi pelana 788 mm
Lampu LED Penuh
Panel meter digital LCD penuh
Set roda 00/80-17 (depan), 130/70-17 (belakang)
Seperti biasa, harga yang diumumkan tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans serta sudah boleh didapati di semua cawangan pengedar Honda Impian X seluruh negara.








