'BUKAN 4, Tapi 3'
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
7/2/20241 min read
DUCATI kehilangan pasukan satelit rasminya di MotoGP, Pramac Racing - pasukan yang turut menggunakan jentera spesifikasi terkini - kepada Yamaha musim depan.
Selain mengurangkan jumlah jentera Ducati di grid daripada lapan kepada enam pada 2025, situasi itu mencetus persoalan pasukan satelit mana yang akan menggantikan tugas Pramac.
Sambil tidak mendedahkan pasukan mana - Gresini mahupun VR46 - yang akan mendapat keistimewaan berkenaan, Pengurus Besar Ducati Corse, Gigi Dall’Igna begitupun menjelaskan penjelasan pengeluar itu hanya akan menggunakan tiga jentera berstatus 'kilang' musim depan.
"Sasarannya adalah untuk menyenaraikan tiga jentera rasmi dan tiga jentera spesfikasi tahun sebelumnya," kata Dall’Igna memetik laporan Sky Italia.
"Kerana kami berfikir ia adalah gabungan sempurna untuk kedua-duanya dari sudut perkembangan pelumba dan juga dari sudut ekonomi.
"Ini adalah sasaran kami, kami sedang berusaha dan kami kami masih belum bersedia untuk mengumumkan apa-apa mengenainya ketika ini.
Mengulas mengenai potensi kekurangan data, Dall’Igna berkata enam jentera sudah mencukup buat pengeluar Itali itu untuk kekal bersaing di tahap tertinggi.
"Jelas enam jentera cukup untuk meneruskan kerja kami di tahap paling tinggi," kata Dall’Igna. "Saya secara peribadi mahu lapan jentera tetapi apa kami boleh lakukan adalah enam.
"Malah faktanya, kami berjaya mencari jalan penyelesaian untuk menguruskan lapan jentera tanpa sesiapun tersisih.
"Kami mungkin bekerja lebih baik daripada orang lain dari sudut organisasi dalam pengurusan lapan jentera ini. Saya fikir kami akan melakukannya dengan lebih baik dengan enam jentera."
Setakat ini, hanya Ducati Lenovo sudah melengkapkan senarai pelumba bagi musim depan dengan Gresini baru saja mengesahkan lanjutan kontrak Alex Marquez, semalam.