BUKAN Bautista, Tapi Bulega - Toprak Razgatlioglu

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

3/23/20243 min read

TOPRAK Razgatlioglu tampak lebih bimbang dengan prestasi yang ditampilkan pelumba 'Rookie' WorldSBK musim ini, Nicolo Bulega berbanding juara dunia musim lalu, Alvaro Bautista.

Selepas menguasai sesi latihan bebas 1 pusingan di Catalunya, Sepanyol, pelumba pasukan ROKIT BMW Motorrad WorldSBK menjelaskan dia 'amat dekat' dengan Bautista tetapi situasi berbeza dengan Bulega.

Bulega dari pasukan Aruba.It Racing Ducati dan rakan sepasukan Bautista mencatatkan masa terpantas sesi latihan bebas 2 yang terus memberi peringatan kepada kemampuan pasukan itu.

Razgatlioglu yang beralih angin kepada BMW musim ini mengakui dia berharap untuk mencabar Ducati di Catalunya terutama Bulega yang dikatakan amat laju.

"Dengan Alvaro saya amat hampir," kata Razgatlioglu mengulas kelajuan kedua-dua pelumba berkenaan. "Tetapi dengan Nicolo saya tidak tahu. Saya tidak tahu berapa banyak pusingan dilakukannya.

"Tetapi Nicolo lebih pantas berbanding saya tetapi mungkin ketika perlumbaan apabila saya mengikutinya, pada perlumbaan 20 pusingan, kamu perlu menjaga tayar belakang.

"Esok (hari ini) kami perlu meningkatkan pelarasan dan juga jentera terutama pada litar ini. Saya memerlukan keputusan yang baik di sini kerana ia adalah litar yang amat sukar untuk ditunggang semua pelumba.

"Jika kami mendapatkan keputusan yang baik di sini kami boleh menjadi lebih kuat kerana ada beberapa litar yang bagus selepas ini di mana kamu tidak perlu menyimpan tayar belakang."

Bulega yang juga juara dunia WorldSSP musim lalu dan baru menyertai WorldSBK musim ini mengakui perasaannya dengan jenteranya kini semakin baik.

"Ini adalah hari pertama yang bagus kerana perasaan saya dengan jentera baik," kata pelumba dari Itali itu. "Bagus untuk mendapatkan ujian yang baik di sini kerana ini kali pertama saya berada di sini dengan jentera besar.

"Bagus untuk memiliki beberapa informasi bagi minggu ini. Saya gembira dengan kelajuan saya kerana ia amat baik. Saya fikir saya bersedia untuk perlumbaan."

Berikut adalah catatan masa yang dilakukan pada sesi Jumaat WorldSBK Catalunya 2024

Sesi Latihan Bebas 2

1. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.It Racing Ducati, 1:40.907s

2. Alvaro Bautista (SPA) Aruba.It Racing Ducati, +0.247s

3. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, +0.601s

4. Sam Lowes (GBR) Marc VDS Ducati, +0.794s

5. Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK, +0.901s

6. Andrea Iannone (ITA) GoEleven Ducati, +0.971s

7. Jonathan Rea (GBR) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, ,+1.038s

8. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha WorldSBK, +1.083s

9. Axel Bassani (ITA) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +1.118s

10. Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +1.142s

11. Michael Ruben Rinaldi (SPA) Motocorsa Ducati, +1.149s

12. Dominique Aegerter (SWI) GYTR GRT Yamaha WorldSBK, +1.209s

13. Michael Van Der Mark (NED) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK, +1.282s

14. Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +1.340s

15. Xavi Vierge (SPA) Team HRC WorldSBK, +1.432s

16. Garrett Gerloff(USA) Bonovo Action BMW, +1.506s

17. Iker Lecuona (SPA) Team HRC WorldSBK, +1.632s

18. Scott Redding (GBR) Bonovo Action BMW, +1.671s

19. Philipp Oettl (GER) GMT94 Yamaha, +1.736s

20. Tito Rabat (SPA) Puccetti Kawasaki, +1.815s

21. Tarran Mackenzie (GBR) Petronas Mie Honda, +2.655s

22. Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha WorldSBK, +2.784s

23. Adam Norrodin (MAS) Petronas Mie Honda, +3.373s

Sesi Latihan Bebas 1

1. Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK, 1:41.199s

2. Michael Van Der Mark (NED) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK, +0.046s

3. Jonathan Rea (GBR) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +0.201s

4. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.It Racing Ducati, +0.208s

5. Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +0.274s

6. Andrea Iannone (ITA) GoEleven Ducati, +0.298s

7. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha WorldSBK, +0.585s

8. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, +0.586s

9. Sam Lowes (GBR) Marc VDS Ducati, +0.622s

10. Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, +0.646s

11. Alvaro Bautista (SPA) Aruba.It Racing Ducati, +0.769s

12. Dominique Aegerter (SWI)GYTR GRT Yamaha WorldSBK, +0.791s

13. Axel Bassani (ITA) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +0.911s

14. Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +1.033s

15. Xavi Vierge (SPA) Team HRC WorldSBK, +1.067s

16. Michael Ruben Rinaldi (GER) Motocorsa Ducati, +1.073s

17. Philipp Oettl (GER) GMT94 Yamaha, +1.198s

18. Scott Redding (GBR) Bonovo Action BMW, +1.205s

19. Tito Rabat (SPA) Puccetti Kawasaki, +1.448s

20. Iker Lecuona (SPA) Team HRC WorldSBK, +1.551s

21. Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha WorldSBK, +1.962s

22. Tarran Mackenzie (GBR) Petronas Mie Honda, +1.981s

23. Adam Norrodin (MAS) Petronas Mie Honda, +3.694s