'BUKAN Gresini Dapat Ducati GP25, Tapi VR46'

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

7/5/20241 min read

DUCATI dikatakan hanya menyenaraikan tiga jentera berstatus 'kilang' dalam kempen MotoGP musim depan yang menyaksikan perebutan membabitkan dua pasukan - Gresini Racing dan VR46.

Begitupun, pasukan milik legenda Valentino Rossi, VR46 dikhabarkan akan 'memenangi' perebutan berkenaan, menurut laporan media Itali, Gazzetta.

Seperti diketahui, pasukan satelit rasmi Ducati, Pramac Racing 'mengubah selera' apabila menyertai Yamaha, musim depan.

Dan susulan itu, bos Ducati Gigi Dall’Igna turut perancangan pengeluar Itali itu untuk hanya menyenaraikan tiga jentera berstatus 'kilang' dengan dua daripadanya sudah pun menjadi milik Pecco Bagnaia dan Marc Marquez.

Dan berdasarkan laporan Gazzetta, Ducati GP25 terakhir di grid akan diberikan kepada pasukan yang 'menolak' Yamaha utuk kekal bersama Ducati, VR46.

VR46 membuat keputusan untuk kekal bersama Ducati sekalipun pemilik pasukan itu yang juga legenda MotoGP itali, Valentino Rossi adalah duta kepada jenama Jepun itu.

Setakat ini, VR46 masih belum menyenaraikan pelumba untuk menggalas tugas mengemudi pasukan itu bagi musim 2025.

Malah salah seorang daripada pelumbanya musim ini, Marco Bezzecchi sudah pun 'angkat kaki' daripada pasukan itu untuk menyertai Aprilia musim depan.

Dan menurut laporan Gazzetta, perkembangan itu mampu menjadi daya penarik untuk Fabio di Giannantonio kekal bersama pasukan itu.

Di Giannantonio yang ketika ini menjadi pelumba kedua terbaik menggunakan Ducati GP23 musim ini di belakang Marquez sebelum ini mengesahkan sudah mendapat tawaran daripada Pramac.

Menurut laporan Gazzetta lagi, Franco Morbidelli akan melengkapkan senarai di VR46 manakala Fermin Aldeguer akan menyertai Gresini untuk bergandingan dengan Alex Marquez.