BUKAN Isu Jentera, Bukan Salah Pelumba - Aprilia
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
2/6/20251 min read


INSIDEN ngeri yang menimpa penyandang juara dunia Jorge Martin pada hari pembukaan pra-musim MotoGP di Sepang bukan berpunca daripada jentera mahupun pelumba, kata bos Aprilia Racing, Massimo Rivola.
Martin berdepan dua kemalangan pada hari pertama ujian termasuk di Selekoh 2 yang mengakibatkannya mengalami kecederaan teruk termasuk keretakan.
Situasi itu menyaksikan ujian pra-musim pelumba kelahiran Sepanyol itu berakhir lebih awal dan dijadual untuk terbang ke Eropah untuk mengharungi pembedahan.
Rivola berkata, daripada data Aprilia, tiada sebarang kesilapan diperoleh daripada jentera Martin dan pelumba itu tidak memulas terotel ketika kemalangan itu terjadi dengan tayar turut berada dalam keadaan baik.
"Jelas, ini adalah masalah," kata Rivola. "Kemalangan yang terus berlaku tanpa sebarang alasan, tiada kesilapan dari sudut jentera dan dari sudutnya (Martin)."
Ketika diminta untuk mengulas lanjut, Rivola begitupun menjelaskan kemalangan berlaku dengan set tayar yang sama.
"Ini menarik kerana ia berlaku dengan set tayar yang sama. Yang pertama adalah di sebelah kanan. Dan kedua di sebelah kiri.
"Tetapi tayar medium adalah asimetrik. Jadi jika di bahagian kanan kamu berkata medium bukan yang terbaik, jadi jika kami melakukan selekoh di sebelah kanan, tayar medium sepatutnya lebih lembut di bahagian itu.
"Jadi saya akan membiarkan kepada kamu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut."
