BUKAN MotoGP, Tapi F1
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
8/25/20241 min read
![](https://assets.zyrosite.com/cdn-cgi/image/format=auto,w=812,h=456,fit=crop/YrDL8yMMe8TOk15G/cober-YBg4O7M6xGUxDVK6.jpg)
![](https://assets.zyrosite.com/cdn-cgi/image/format=auto,w=328,h=191,fit=crop/YrDL8yMMe8TOk15G/cober-YBg4O7M6xGUxDVK6.jpg)
LEGASI legenda MotoGP Australia, Mick Doohan dalam arena perlumbaan diteruskan anaknya, Jack Doohan tetapi menariknya, bukan dalam arena elit dua roda namun empat roda iaitu Formula Satu (F1).
Berusia 21 tahun, Jack Doohan baru-baru ini diumumkan sebagai pelumba pasukan Alpine bagi musim 2025.
Sekalipun bukan di arena MotoGP seperti bapanya, antara yang memberi ucapan tahniah termasuklah pelumba-pelumba dalam arena perlumbaan perdana dua roda berkenaan.
Antaranya termasuklah bekas pelumba MotoGP Australia, Remy Gardner, pelumba pasukan Monster Yamaha, Fabio Quartararo, bekas pelumba MotoGP Itali, Loris Capirossi, Dani Pedrosa, Fabio di Giannantonio dan Raul Fernandez.
Berikutan itu, Mick, 59 kini lebih banyak dilihat di paddock F1 berbanding MotoGP bagi menyokong karier anaknya.
Pemegang rekod lima kejuraan dunia berturut-turut kelas 500 cc Kejuaraan Motosikal Dunia (setaraf MotoGP), Mick pernah menguji jentera F1 bersama pasukan Williams pada 1998.
Beliau juga adalah rakan karib kepada legenda F1 Jerman, Michael Schumacher.
Apa yang menarik, Schumacher turut menamakan anak lelakinya 'Mick' sebagai penghormatan kepada Mick Doohan.
Jack sebelum ini adalah pelumba gantian dan pelumba ujian bagi pasukan Alpine sejak dua musim lalu dan berlumba dalam kelas Formula 2.
Menariknya, antara yang 'ditewaskan' Jack untuk mendapatkan posisi di Alpine termasuklah Mick Schumacher.
![](https://assets.zyrosite.com/cdn-cgi/image/format=auto,w=1920,fit=crop/YrDL8yMMe8TOk15G/panel1-ALp755aNbxFevxBV.png)