BUKAN 'Nama Besar', Repsol Honda Rekrut Pelumba Moto2 Ganti Marc Marquez?

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

11/3/20231 min read

REPSOL Honda seperti mengikuti saranan legendanya, Casey Stoney agar merekrut pelumba daripada kelas Moto2 untuk menggantikan posisi penting ditinggalkan bintang pasukan itu, Marc Marquez.

Dan berdasarkan perkembangan terbaharu, memetik laporan media DAZN, Honda dikatakan sedang mengadakan perbincangan untuk mendapatkan pelumba Moto2, Fermin Aldeguer.

"Saya boleh mengesahkan maklumat ini," lapor wartawan DAZN, Ricard Jove.

"Kini kami boleh andaikan bahawa Fermin Aldeguer mendapat tawaran yang kukuh daripada HRC untuk menjadi rakan sepasukan Joan Mir pada musim 2024 dan 2025.

"Saya tahu yang keutamaan mereka adalah Moto2, yang saya sokong. Tetapi secara normalnya, perkara seperti ini jarang berlaku. Kamu perlu untuk melakukan keputusan."

Menurut Jove, kontrak yang ditawarkan kepada Aldeguer oleh HRC adalah selama dua tahun.

Aldeguer, 18 tahun memiliki pengalaman tiga tahun beraksi dalam kempen Moto2 bersama pasukan Speed Up dan ketika ini menghuni tangga keenam kedudukan Moto2 2023.

Selepas cubaan mendapatkan beberapa nama besar seperti Maverick Vinales, Miguel Oliveira dan Luca Marini nampak gagal, HRC dikatakan beralih kepada Fabio di Giannantonio.

Sebelum ini, Stoner pernah menyarankan HRC agar mengambil pelumba Moto2 sebagai pengganti Marquez yang dikatakan lebih sesuai dan cepat mengadaptasi sekalipun kurang pengalaman.