PELUMBA Jepun, Ai Ogura menjadi salah satu 'rookie' MotoGP bagi musim 2025 dan kehadirannya dalam kancah perlumbaan elit itu bersama status terbaik - penyandang juara dunia Moto2 2024.
Apa yang menariknya, Ogura tidak menyertai pasukan yang mengembangkan kariernya daripada awal iaitu Honda, tetapi pasukan satelit Aprilia, Trackhouse Racing.
Sepanjang beraksi di kempen Moto2, Ogura berjaya memenangi enam perlumbaan, 27 kedudukan podium dan enam petak utama dalam kedua-dua kelas Moto2 dan Moto3.
Mengisi kekosongan yang ditinggalkan Takaaki Nakagami sebagai pelumba Jepun di MotoGP, Ogura menjelaskan apa yang dicapainya tidak mudah.
"Saya tahu siapa diri saya," memetik laporan Crash.net yang menemui pelumba itu di Grand Prix Thailand tahun lalu.
"Saya bukan salah seorang yang terpantas. saya merasakan yang saya juga bukan seorang yang mempunyai bakat super, tetapi jika kamu bekerja amat keras saya percaya saya boleh melakukannya, dan atau apa juga, saya tahu yang dalam diri saya, jika ia berlaku, ia bagus, tetapi kemungkinannya juga amat rendah.
"Saya hanya bermimpi untuk perkara ini 'nombor satu di dunia'. Apa yang saya cuba kataka adalah mungkin untuk hanya tahun ini saja, tetapi untuk meraih gelaran ini adalah sesuatu yang saya mahu sepanjang karier saya."
Ogura juga mengakui motivasinya untuk menjuarai gelaran dunia pada 2024 meningkat selepas terlepas kejuaraan dunia Moto3 pada 2020 pada pusingan terakhir.
Situasi itu sekali lagi terjadi pada 2022 di Moto2 dengan kejuaraan menjadi milik pelumba Sepanyol, Augusto Fernandez.
"Sasaran terbesar saya sepanjang karier saya sebagai pelumba adalah untuk mendapatkan gelaran juara dunia."