BUKTI Quartararo, Morbidelli Tak 'Sebulu'

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/19/20241 min read

MONSTER Yamaha MotoGP menyingkirkan Franco Morbidelli untuk membawa masuk Alex Rins pada musim ini dan bagi Fabio Quartararo, ia perubahan yang mengubah suasana pasukan itu.

Menurut Quartararo yang menjulang gelaran juara dunia MotoGP pada musim 2021, sekalipun dia adalah rakan sepasukan Morbidelli selama empat musim, dia lebih banyak bercakap dengan Rins.

"Dengan Alex, saya merasa amat baik," kata Quartararo kepada memetik laporan Motorsport.

"Asasnya, saya bercakap dan melakukan kontak lebih banyak dengannya (Rins) ketika latihan berbanding dengan Morbidelli dalam tempoh empat tahun.

"Apapun, ia adalah apa yang saya fikir dan itulah realitinya. Bagus untuk dapat pergi ke garaj sebelah dan bercakap secara natural. Sebelum ini, apabila Franco di sana, saya tidak berani.

"Dengan Alex, kami memiliki perseteruan ini, dia mahu menewaskan saya dan saya mahu mengalahkannya.

"Tetapi saya lebih suka untuk mengalahkannya dengan menjadi yang pertama dan dia menjadi kedua berbanding menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10 dan 11.

"Kami mempunyai gaya tunggangan yang, sekali pun tidak sama, ia bermakna yang kami mempunyai masalah yang sama," katanya.

Quartararo dan Rins mula bekerjasama membangunkan jentera bermula ketika ujian 'Shakedown' di Sepang diikuti ujian rasmi pra-musim MotoGP 2024.

Seperti musim lalu, Yamaha kekal tanpa pasukan satelit dengan Quartararo kontraknya akan berakhir pada musim ini sekadar menamatkan sesi ujian di kedudukan di tangga ke-11.