BULEGA Belum 100 Peratus, Isu Sama Terus 'Hantui' Razgatlioglu
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
6/14/20251 min read


PELUMBA Aruba.it Racing Ducati, Nicolo Bulega mengakui pakej dimiliki jenteranya masih belum sempurna di sebalik mencatatkan masa terpantas pada hari pertama Pusingan 6 WorldSBK di Misano, Itali.
Pelumba kelahiran Itali itu yang ketika ini sedang memimpin carta kejuaraan dengan kelebihan 31 mata berkata perasaannya dengan jenteranya bagus tetapi selepas dua sesi, dia mengakui penambah baikkan masih diperlukan.
"Kami membuat sedikit langkah daripada FP1 (Latihan Bebas 1) ke FP2, perasaan saya meningkat sedikit, tetapi masih tidak cukup," kata Bulega kepada WorldSBK.com.
"Saya fikir untuk perlumbaan kami perlu mencari sesuatu yang lebih dari beberapa sudut kerana saya tidak menunggang 100 peratus seperti yang saya inginkan. Kami berada dalam tempoh yang baik tetapi saya tidak menunggang 100 peratus."
"Kami melakukan ujian di sini, tetapi jujurnya keadaan litar sedikit berbeza sekarang kerana ia lebih panas dan kurang cengkaman."
Bulega turut berkata dia menjangkakan pelumba Turki, Toprak Razgatlioglu akan menjadi pencabar utamanya pada minggu ini.
Sementara itu, Razgatlioglu mengakui dia masih berdepan dengan masalah cengkaman.
Selepas mencatat masa terpantas pada FP1, pelumba pasukan BMW Motorrad itu sekadar melakukan catatan kedua terpantas pada FP2 di belakang Bugela yang turut menyaksikan suhu litar mencecah 45 darjah selsius.
"Kami bermula dengan kuat dan rentak kelajuan tidak begitu buruk," kata Razgatlioglu kepada WorldSBK.com. "Rentak kelajuan Nicolo dan saya amat dekat. Pada FP2, apabila kami menggunakan tayar baharu, saya merasa amat aneh kerana tiada cengkaman dan saya tidak tahu kenapa.
"Kami mempunyai satu lagi sesi untuk mempertingkatkan jentera. Jika kami memperbaiki cengkaman, saya fikir perasaan dengan jentera lebih bagus.
"Kami mempunyai satu lagi sesi untuk mempertingkatkan jentera. Jika kami menambah baik cengkaman, saya fikir perasaan saya dengan jentera akan jadi lebih baik. Saya tidak sabar untuk berlumba, saya fikir semua orang amat teruja."
Razgatlioglu dalam pada itu merasakan Litar Misano lebih 'sesuai' dengan jentera Ducati Panigale V4R berbanding jenteranya, BMW M1000 RR.
"Ducati cukup baik di litar ini, ia hampir litar Ducati," katanya. "Selain itu, pakej elektronik Ducati di tahap berbeza, kita mengetahuinya. Dia (Bulega) menunggang dengan mudah, saya sedikit bergelut kerana jentera ini tidak seperti tahun lalu dan kami sentiasa menambah baiknya litar demi litar."
