CENGKAMAN Tak Cukup Nak Lawan Ducati - Toprak Razgatlioglu

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

5/4/20251 min read

PELUMBA sensasi BMW Motorrad, Toprak Razgatlioglu mengakui jenteranya tidak mempunyai cengkaman yang cukup untuk menyaingi Nicolo Bulega ketika Perlumbaan 1 WorldSBK 2025 di Cremona, Itali, semalam.

Razgatlioglu berjaya berentap dengan Bulega dari Ducati di awal perlumbaan tetapi persembahan itu tidak dapat diteruskan pada separuh kedua perlumbaan yang menyaksikan Bulega melepasi garisan penamat 2.8 saat di depannya.

Kata pelumba Turki itu, kunci untuknya bersaing dengan Bulega adalah cengkaman di bahagian belakang dengan apa yang dimiliki pelumba Itali itu sebagai 'tahap yang berbeza'.

"Bagi saya, apa yang paling utama adalah kami perlu mempertingkatkan cengkaman di bahagian belakang," kata Razgatlioglu kepada WorldSBK.com.

"Saya fikir cengkaman yang dimiliki Ducati di tahap yang berbeza. Tetapi jika kami bertambah baik sedikit, saya fikir kami mungkin mempunyai peluang untuk menang."

Razgatlioglu berkata dia menikmati pertarungannya dengan Bulega terutama di awal perlumbaan.

"Dia awal perlumbaan, saya amat menikmatinya kerana tidak mudah untuk melawannya di beberapa sektor kerana dia amat kuat dan saya pula lebih pantas di beberapa sektor berbandingnya," katanya.

"Tetapi pada akhir perlumbaan ia tidak mencukupi kerana dia mempunyai kelajuan yang amat baik, tetapi saya agak terkejut kerana saya tidak dapat menerimanya kerana kelajuan saya juga amat kuat."