CFMOTO 250 Dual Lite (2025) Bakal Masuk Malaysia?
Selepas model 'naked bike' CFLite 250NK, CFMoto Malaysia dijangka akan terus meningkatkan penawarannya dalam segmen 'lite' ini dan menariknya, dalam segmen lasak dan model yang bakal dibawa masuk adalah CFMoto 250 Dual Lite
TERKINI
9/17/20251 min read


CFMOTO Malaysia nampaknya bersedia menggoncang segmen motosikal dual-purpose tempatan apabila dikatakan bakal melancarkan CFMoto 250 Dual Lite dan lebih menarik, pada tahun ini.
Sekalipun info yang diperoleh masih belum rasmi dan terhad, kehadiran CFMoto 250 Dual Lite (2025) tampak selari dengan perancangan syarikat itu dan MForce Bike mengikuti pelancaran model 'naked' CFLite 250NK.
Tampil dengan rekaan yang rugged dan lasak, CFLite 250Dual tampak boleh menjadi pilihan kepada mereka yang mahukan kelainan berbanding kapcai dan skuter.
Dan jika bosan, ia juga pastinya boleh dibawa 'melayan' masuk hutan.
Berdasarkan spesifikasi daripada pasaran luar yang terlebih dulu memperoleh motosikal ini, ia boleh dikatakan menarik.
Enjin 249.2 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC, dengan transmisi 6 kelajuan klac manual
Kuasa 24 Hp @ 8,000 rpm, tork 22.5 Nm @ 7,000 rpm
Tangki bahan api 13 liter
Rim spoke dengan tayar tube, saiz 21 inci (depan) dan 18 inci (belakang)
Suspensi teleskopik depan dan monoshock belakang
Lega bumi 245 mm
Berat 154 kg
ABS standard, lampu LED, meter digital LCD, dan port USB Type-A
Dengan gabungan rekaan yang garang dan spesifikasi yang boleh dikatakan memuaskan, CFMoto 250 Dual Lite tampak mampu menjadi calon ideal untuk pengguna yang mahukan kelaian terutama penggemar aktiviti lasak.
Dan jika CFMOTO Malaysia mengekalkan strategi penetapan harga agresif seperti model-model sebelumnya, tidak mustahil CFMoto 250 Dual Lite ini akan tampil dengan harga yang 'marhaen'.
Daripada maklumat yang diperoleh daripada sumber industri, pelancaran dijangka pada hujung tahun ini. Sama-sama kita nantikan.
